Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Korea Selatan diberkas atas tuduhan serangan seksual

Pelakon warga Korea Selatan, Kang Ji-hwan diberkas pada Rabu petang (9 Jul) kerana disyaki melakukan serangan seksual dan rogol. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Korea Selatan diberkas atas tuduhan serangan seksual

Kang Ji-hwan. (Gambar: kangjihwanclub/Instagram)

Diterbitkan : 10 Jul 2019 11:39AM Dikemas Kini : 10 Jul 2019 11:53AM

KOREA SELATAN: Pelakon warga Korea Selatan, Kang Ji-hwan diberkas pada Rabu petang (9 Jul) kerana disyaki melakukan serangan seksual dan rogol. Menurut laman hiburan Soompi, Kang pulang bersama dua pekerja wanita dari agensinya (hanya dirujuk sebagai A dan B) untuk meminum minuman keras. Dia didakwa merogol A dan melakukan serangan seksual terhadap B semasa mereka tertidur.

Apabila disoal siasat di balai polis, pelakon berusia 42 tahun itu berkata bahawa dia tidak ingat apa-apa. "Saya ingat berminum, tetapi saya tidak ingat apa-apa yang berlaku selepas itu. Apabila saya membuka mata, saya berada dalam bilik bersama A," katanya.

Menurut laporan berita tersebut, pelakon itu masih lagi dalam keadaan mabuk pada ketika itu, dan dia akan disoal siasat sekali lagi hari ini.

Sekitar sejam sebelum Kang diberkas, A mengirimkan pesanan teks kepada rakannya tentang keadaannya dan bertanya rakannya sama ada untuk melaporkan perkara itu. Beliau berkata: "Saya minum minuman keras di rumah Kang Ji-hwan, dan kami kini terperangkap."

Apabila polis tiba di rumah, A memberitahu mereka bahawa pelakon itu sudah menyerangnya secara seksual semasa beliau sedang tidur, sekali gus menyebabkannya diberkas.

Pemberkasan Kang sudah menyebabkan para penerbit Joseon Survival berada dalam keadaan sukar kerana proses perfileman masih lagi dijalankan.

Menurut agensi pelakon itu: "Berkenaan dakwaan serangan seksual, apabila kami sudah mengesahkan apa yang berlaku, kami akan mengeluarkan kenyataan." 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan