Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon 'Jogho' Khalid Salleh selamat dikebumikan

Pelakon dan penggiat seni teater, Khalid Salleh meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon 'Jogho' Khalid Salleh selamat dikebumikan

(Gambar: migdrama/ Instagram)

Diterbitkan : 24 Jul 2018 01:28PM Dikemas Kini : 24 Jul 2018 01:32PM

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penggiat seni teater, Khalid Salleh meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri.

Anak bongsu Allahyarham, Encik Mohd Asyiq berkata Allahyarham Khalid, 70 tahun, menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 3.20 petang semalam (23 Jul).

“Allahyarham dibawa ke pusat perubatan itu selepas mengadu sesak nafas pada pukul 8.00 pagi sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi,” kata Encik Asyiq.

Encik Asyiq, 24, berkata jenazah disembahyangkan di Masjid Baru Taman Kosas dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas di Ampang sebelum Maghrib.

Allahyarham Khalid meninggalkan seorang isteri Hamidah Abdullah, 60, dua anak lelaki serta seorang anak perempuan.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia Hafiz Nafiah berkata persatuan itu merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Khalid.

Allahyarham merupakan pelakon lelaki kedua negara menerima pengiktirafan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-43 di Taipei pada 1998 menerusi filem ‘Jogho’ selepas Allahyarham P. Ramlee.

Selain pernah popular dengan filem ‘Azizah The Legend’ dan ‘Abang’, Allahyarham juga merupakan penulis buku berjudul ‘Melayu Hilang di Dunia’ dan popular dengan filem ‘Buai Laju Laju’ serta ‘Hanyut’.

Awal tahun ini, berita mengenai penderitaan Allahyarham Khalid yang dikatakan sakit mencuri perhatian umum apabila gambarnya yang kelihatan uzur tular di laman media sosial. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan