Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Joe Taslim pegang watak Sub-Zero bagi filem baru Mortal Kombat

Joe Taslim sedang membuat persiapan melakukan penggambaran bagi filem yang diadaptasi daripada permainan video popular 1990-an, Mortal Kombat. Ini menyusuli pengesahan baru-baru oleh pengarah Simon McQuoid bahawa pelakon Indonesia itu bakal menghidupkan watak ikonik Sub-Zero.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Joe Taslim pegang watak Sub-Zero bagi filem baru Mortal Kombat

(Gambar: Instagram/Joe Taslim, Bosslogic)

Diterbitkan : 23 Jul 2019 12:11AM Dikemas Kini : 23 Jul 2019 12:14AM

JAKARTA: Joe Taslim sedang membuat persiapan melakukan penggambaran bagi filem yang diadaptasi daripada permainan video popular 1990-an, Mortal Kombat. Ini menyusuli pengesahan baru-baru oleh pengarah Simon McQuoid bahawa pelakon Indonesia itu bakal menghidupkan watak ikonik Sub-Zero.

"Saya tidak boleh dedahkan apa-apa kerana belum mula penggambaran. (Saya) harus buat persiapan untuk filem itu yang akan mulakan penggambaran pada September ini," kongsi mantan atlit judo negara itu di Jakarta pada Isnin (22 Jul).

Joe dilaporkan akan menjayakan watak Sub-Zero, pahlawan ninja yang mempunyai serangan ais yang juga musuh ketat watak Scorpion dalam permainan yang diterbitkan Midway pada 1992 itu.

Pelakon tersebut sebelum ini sudah menempa nama dalam dunia perfileman Hollywood menerusi filem "Fast and Furious 6" dan "Star Trek Beyond", dan beliau turut mengaku sebagai seorang peminat permainan Mortal Kombat sebelum dipilih untuk menjayakan watak Sub-Zero.

Selain minat pada permainan video itu - yang pada April lalu baru mengeluarkan tajuk terbarunya, Mortal Kombat 11, Joe turut tertarik pada penulisan adaptasi filem kali ini yang akan diterbitkan James Wan, pengarah filem Aquaman oleh studio Warner Bros.

"Saya sudah baca skrip (filem itu). Saya tertarik... tapi belum banyak yang bisa saya kongsi. Mungkin kalau saya mendapat maklumat baru akan saya kongsi," katanya.

Penggambaran Mortal Kombat dijadual berlangsung di Australia dan akan ditayangkan di pawagam pada 2021.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan