Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Jackie Chan tawar ganjaran $200,000 untuk penawar virus korona baru

Bintang aksi tersohor Hong Kong, Jackie Chan menawarkan ganjaran 1 juta yuan (S$200,000) sekiranya ada pihak yang berjaya menghasilkan penawar virus korona baru 2019-nCoV.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Jackie Chan tawar ganjaran $200,000 untuk penawar virus korona baru

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 06 Feb 2020 12:39PM Dikemas Kini : 07 Feb 2020 05:20PM

HONG KONG: Bintang aksi tersohor Hong Kong, Jackie Chan menawarkan ganjaran 1 juta yuan (S$200,000) sekiranya ada pihak yang berjaya menghasilkan penawar virus korona baru 2019-nCoV.

Pelakon yang membintangi filem terbaharu, Vanguard itu memuat naik status di aplikasi Weibo pada Selasa (4 Feb) tentang rasa prihatinnya terhadap wabak virus korona baru yang kini melanda China dan puluhan lagi negara di dunia.

Seniman itu berharap untuk menghulurkan bantuan semampunya selain memberikan sokongan kepada pesakit yang dijangkiti wabak berkenaan.

“Sains dan teknologi adalah kunci utama untuk mengekang gejala berkenaan. Saya percaya semua orang pun beranggapan begitu.

“Tidak kira mana-mana individu atau organisasi yang berjaya menghasilkan penawar koronavirus, saya mahu berterima kasih kepada mereka dengan jumlah 1 juta yuan,” katanya.

Encik Chan bagaimanapun berharap agar orang ramai tidak memandang serong atas niatnya itu.

“Ini bukan soal duit. Saya tidak mahu lagi melihat jalan-jalan yang semakin sepi dan rakan-rakan senegara saya berperang dengan virus itu sehingga ada yang sudah terkorban sedangkan mereka patut menikmati kehidupan,” jelasnya.

Status oleh Encik Chan itu menerima lebih 53,000 tanda suka selain mendapat maklum balas positif daripada netizen.

Ada juga dalam kalangan netizen yang mencadangkan agar ganjaran itu dinaikkan kepada 10 juta yuan (S$1.9 juta).

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan