Images
  • JA Halim
    Pelakon veteran J.A Halim meninggal dunia. (Gambar asal: J.A Halim/Instagram)

Pelakon JA Halim meninggal dunia

BERITAmediacorp: Pelakon veteran tempatan, JA Halim, meninggal dunia sekitar pukul 7.50 pagi hari ini (13 Dis), di Hospital Tan Tock Seng (TTSH). Beliau berusia 71 tahun.

Khabar duka itu disahkan sendiri oleh anaknya, Helmindra Halim menerusi kiriman WhatsApp kepada BERITAmediacorp.

Helmindra berkata, jenazah bapanya akan dibawa pulang ke rumah di Seranggon Ave 3 sekitar pukul 11.30 pagi, kemudian disolatkan di Masjid Alkaff Upper Serangoon dan seterusnya dikebumikan di Pusara Abadi.

Beliau diserang angin ahmar sekitar pukul 9.00 pada Rabu (11 Dis). Setelah dikejarkan ke hospital, doktor mengesahkan bahawa pembuluh darah Allahyarham pecah menyebabkan pendarahan pada bahagian kanan otaknya.

Allahyarham jatuh koma sekitar pukul 4.00 pagi pada Khamis (12 Dis) dan tidak sedarkan diri sehingga beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir hari ini (13 Dis).

Allahyarham JA Halim atau nama sebenarnya Ab Khalim Jamaludin, berpengalaman selama lebih 50 tahun dalam dunia lakonan.

Beliau meninggalkan seorang balu, Aminah Ahmad, dan dua orang anak - Nina Halim dan Helmindra Halim - serta lima orang cucu. Salah seorang daripadanya, Fizah Nizam, juga adalah seorang pelakon televisyen.  

- BERITAmediacorp/nk

Top