Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Izara Aishah timang cahaya mata sulung

Pelakon Izara Aishah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram di sebuah pusat perubatan di ibu negara Kuala Lumpur pada petang Rabu (15 Apr). 

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Izara Aishah timang cahaya mata sulung

Pelakon Izara Aishah. (Gambar: izaraaishahofficial/Instagram)

Diterbitkan : 16 Apr 2020 11:29AM Dikemas Kini : 16 Apr 2020 11:31AM

KUALA LUMPUR: Pelakon Izara Aishah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram di sebuah pusat perubatan di ibu negara Kuala Lumpur pada petang Rabu (15 Apr).

Berita itu dikongsi oleh ibu mertuanya, Tengku Zawya, melalui Instagram Story.

Khabar gembira itu juga dihebahkan Siti Nurhaliza melalui media sosial.

Suami Izara, Adib Khalid, memberitahu BH Online anaknya dilahirkan lebih awal daripada tarikh jangkaan dan menerusi kaedah normal.

“Sepatutnya anak sulung kami dilahirkan akhir bulan ini. Alhamdulillah, kami menerima kebahagiaan ini lebih awal dengan proses kelahiran lancar.

“Isteri saya stabil. Kami bersyukur dan berterima kasih atas doa serta ucapan tahniah daripada semua pihak.

“Anak kami sihat... Alhamdulillah,” ujarnya kepada BH Online.

Adib menambah fasa bergelar bapa sesuatu yang sukar untuk diungkap dengan kata-kata.

“Perasaan bercampur baur. Saya harap dapat menjadi bapa yang baik untuk anak kami... Insya-Allah,” doanya.

Adib dan Izara berkahwin pada 17 November 2017. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan