Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Hisyam Hamid terima penghargaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Pelakon, Hisyam Hamid diiktiraf dengan sijil penghargaan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Hisyam Hamid terima penghargaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

(Gambar: Instagram/hisyamhamid7)

Diterbitkan : 26 Feb 2020 02:50PM Dikemas Kini : 26 Feb 2020 02:53PM

MALAYSIA: Pelakon, Hisyam Hamid diiktiraf dengan sijil penghargaan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) baru-baru ini.

Menulis dalam catatan di akaun Instagramnya pada Selasa (25 Feb), pelakon kelahiran Singapura itu meluahkan penghargaan atas pengiktirafan itu.

"Setinggi-tinggi rasa hormat dan berterima kasih kepada Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia atas penghargaan ini.

"Ia adalah satu kebanggaan buat saya. Setiap kali saya menyarung uniform ini, ia menjadi tanggungjawab personal saya untuk menjaga disiplin dan profesionalisme. Terima kasih atas kesempatan ini," tulis Hisyam dalam catatan tersebut.

Penghargaan itu diberikan kepada Hisyam bagi mengiktiraf jasa dan sumbangan beliau memperkenalkan APMM menerusi drama bersiri 'TQ Captain'.

Dalam drama bersiri arahan Jamal Khan itu Hisyam memegang watak sebagai pegawai APMM iaitu Kapten Adam dan digandingkan dengan pelakon Mawar Rashid.

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan