Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Hasnul Rahmat negatif COVID-19 selepas pulang dari Scotland

Kerisauan apakah seorang lagi pelakon drama Demi yang menjalani penggambaran di Scotland dijangkiti COVID-19, lenyap apabila Hasnul Rahmat mengesahkan keputusan ujian saringan negatif.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Hasnul Rahmat negatif COVID-19 selepas pulang dari Scotland

(Gambar: Instagram/Hasnul Rahmat)

Diterbitkan : 17 Apr 2020 03:20PM Dikemas Kini : 17 Apr 2020 03:28PM

KUALA LUMPUR: Kerisauan apakah seorang lagi pelakon drama Demi yang menjalani penggambaran di Scotland dijangkiti COVID-19, lenyap apabila Hasnul Rahmat mengesahkan keputusan ujian saringan negatif.

Hasnul berkata, sebaik mendapati dirinya bebas wabak itu, beliau hanya berkurung di rumah seperti diarahkan.

“Saya baik... Alhamdulillah, keputusan negatif. Saya hanya duduk di rumah sehingga tamat tempoh kuarantin iaitu esok seperti tertera dalam surat dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya kepada BH Online.

Bulan lalu, Hasnul atau nama penuhnya, Hasnul Rahmat Mustafa menyertai kru produksi drama rantaian Demi yang menjalani penggambaran di Inverness, Scotland.

Sekembali ke Malaysia, pengarah drama terbabit, Rahila Ali dan tiga pelakon iaitu Puteri Aishah, Ashraf Muslim dan Puteri Rayyana Rayqa, disahkan positif COVID-19, lapor BH Online.

Individu lain dalam rombongan yang turut dijangkiti COVID-19 adalah ibu Rayqa dikenali sebagai Syira, penolong pengarah; jurukamera serta kakitangan bahagian pakaian dan solekan.

Mereka kembali ke Malaysia pada 31 Mac lalu.

Mengulas keadaan menimpa teman pelakon dan kru drama berkenaan, Hasnul hanya mampu mendoakan mereka segera sembuh.

“Saya tiada hak untuk bercakap mengenai orang lain. Sebaliknya, saya hanya boleh berdoa pada kawan-kawan yang dijangkiti wabak itu supaya cepat sembuh dan boleh keluar dari hospital segera,” katanya.

Walaupun terpaksa berkurung di rumah selama dua minggu, Hasnul berkata, ia bukanlah masalah besar buatnya.

“Jika tiada penggambaran, saya jarang keluar rumah. Saya sudah biasa dan selesa dengan keadaan ini.

“Walaupun bersendirian, kita masih boleh bersama-sama dengan penuh rasa cinta dan membuat kebaikan,” katanya yang sentiasa bersikap positif.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Agensi berita/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan