Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Glee Naya Rivera teriak minta bantuan ketika lemas: Laporan bedah siasat

Satu laporan bedah siasat yang dikeluarkan pada Jumaat (11 Sep) menyatakan pelakon Glee Naya Rivera mengangkat tangannya dan meminta bantuan apabila beliau secara tidak sengaja lemas ketika menaiki bot bersama anak lelakinya berusia 4 tahun di sebuah tasik di California.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Glee Naya Rivera teriak minta bantuan ketika lemas: Laporan bedah siasat

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 14 Sep 2020 10:14AM Dikemas Kini : 14 Sep 2020 10:16AM

LOS ANGELES: Satu laporan bedah siasat yang dikeluarkan pada Jumaat (11 Sep) menyatakan pelakon Glee Naya Rivera mengangkat tangannya dan meminta bantuan apabila beliau secara tidak sengaja lemas ketika menaiki bot bersama anak lelakinya berusia 4 tahun di sebuah tasik di California.

Sejurus Rivera membantu anaknya menaiki semula bot, kanak-kanak itu "melihat mendiang mengangkat tangannya lalu meneriak 'tolong,'" menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pemeriksa Perubatan Daerah Ventura. "Mendiang kemudian tenggelam ke dalam air."

Pihak berkuasa sebelum ini mengatakan Rivera lemas secara tidak sengaja selepas meletakkan kanak-kanak lelaki itu, Josey Hollis Dorsey, ke dalam bot di Sungai Piru yang terletak di bahagian barat laut Los Angeles pada 8 Julai, namun tidak menyatakan bahawa mendiang meneriak meminta bantuan.

Rivera "mahir berenang," menurut laporan itu.

Lelaki yang menyewakan bot kecil itu kepadanya berkata mendiang menolak menggunakan jaket keselamatan, tetapi beliau tetap meletakkan jaket itu ke dalam bot.

Laporan itu mendedahkan bahawa mendiang yang berusia 33 tahun, pernah mengalami masalah vertigo, menghidapi jangkitan resdung baru-baru ini dan diberikan oleh doktor sejumlah kecil ubat amfetamin dalam sistem tubuhnya, tetapi tidak mengenal pasti keadaan fizikal atau penggunaan ubat-ubatan sebagai faktor penyebab kematiannya.

Ujian toksikologi pula menunjukkan bahawa mendiang mempunyai sejumlah kecil ubat rawatan keresahan diazepam dan ubat penahan selera makan phentermine di dalam tubuhnya.

Josey, anak Rivera hasil perkahwinan dengan bekas suaminya, pelakon Ryan Dorsey, ditemui sedang tidur dan bersendirian di atas bot pada lewat petang itu.

Lima hari kemudian, mayat Rivera ditemui terapung di satu bahagian tasik sedalam 9 meter itu. Pejabat Sherif Daerah Ventura menyatakan mendiang mungkin terperangkap di kawasan tumbuh-tumbuhan yang tebal di bawah air selama beberapa hari sebelum terapung ke permukaan.

Sumber : CNA/AP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan