Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon 'Glee' Naya Rivera hilang di tasik, dipercayai lemas; anak 4 tahun terbiar atas bot

Pelakon siri muzikal popular, 'Glee', Naya Riviera, dikhuatiri lemas di sebuah tasik di California dengan anggota menyelamat terus menjalankan usaha mencarinya pada Khamis (9 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon 'Glee' Naya Rivera hilang di tasik, dipercayai lemas; anak 4 tahun terbiar atas bot

Gambar fail pelakon Naya Rivera (Frederick M. Brown / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP)

Diterbitkan : 09 Jul 2020 07:40PM Dikemas Kini : 09 Jul 2020 07:44PM

LOS ANGELES: Pelakon siri muzikal popular, 'Glee', Naya Riviera, dikhuatiri lemas di sebuah tasik di California dengan anggota menyelamat terus menjalankan usaha mencarinya pada Khamis (9 Jul).

Seorang jurucakap pejabat syerif Ventura County mengesahkan pelakon itu menyewa bot pada Rabu dan membawa bersama anak lelakinya yang berusia empat tahun ke Tasik Piru, di barat laut Los Angeles.

Menurut pihak berkuasa anaknya itu ditemui bersendirian dalam bot berkenaan "sedang tidur dengan memakai jaket pelampung" oleh seseorang yang berada di tasik tersebut.

Petugas di tasik berkenaan kemudian memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa yang kemudiannya melakukan operasi pencarian di kawasan tersebut menggunakan helikopter, dron dan pasukan penyelam.

Pada Selasa, aktres itu berkongsikan gambar dalam Twiter dengan catatan: “Just the two of us (Hanya kami berdua).”

Rivera pernah mendirikan rumahtangga dengan pelakon Ryan Dorsey tetapi bercerai pada 2018.   

Sumber : AFP/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan