Images
  • aamir khan
    Aamir Khan. (Gambar: _aamirkhan/Instagram)

Pelakon filem Aamir Khan henti gunakan media sosial

NEW DELHI: Bintang filem India Aamir Khan berhenti menggunakan media sosial dan akan terus berkomunikasi seperti yang dilakukan sebelum ini, katanya kepada lebih 48 juta pengikutnya di Twitter, Facebook dan Instagram.

Pelakon dan juga penerbit berusia 56 tahun itu berkata demikian menerusi satu kiriman di media sosial pada Isnin (15 Mac).

Beliau akan memberikan kemas kini mengenai diri dan filemnya di platform syarikat filemnya.

"Terima kasih banyak-banyak untuk semua cinta dan kasih sayang pada ulang tahun kelahiran saya. Hati saya berbunga-bunga," kata Aamir, yang menyambut hari jadinya pada Ahad.

"Ini akan menjadi kiriman terakhir saya di media sosial. Memandangkan saya sangat aktif, saya memutuskan untuk menamatkannya," katanya.

Aamir antara bintang handalan Bollywood, filem popularnya termasuk ‘Lagaan’, ‘Dangal’, ‘PK’, ‘3 Idiots’, dan ‘Thugs of Hindostan’. 

- BERNAMA/TQ/tq

Top