Images
  • peter fonda
    Pelakon Peter Fonda pada 3 Feb 2018. (Gambar: Reuters/Mario Anzuoni)

Pelakon Easy Rider Peter Fonda meninggal dunia pada usia 79 tahun

LOS ANGELES: Pelakon Easy Rider Peter Fonda, anak kepada Henry Fonda dan adik kepada Jane Fonda meninggal dunia pada usia 79 tahun pada Jumaat (16 Ogos) selepas mengalami kegagalan pernafasan akibat barah paru-paru, menurut keluarganya dalam satu kenyataan.

"Dengan dukacitanya kami berkongsi berita Peter Fonda telah meninggal dunia," jelas keluarganya.

Fonda meninggal dunia di rumahnya di Los Angeles pada pagi Jumaat, dedah kenyataan itu.

"Sedang kami bersedih atas kehilangan lelaki baik ini, kami juga berharap semua meraikan semangatnya dan cinta kepada kehidupan," kata keluarga itu.

"Sebagai memberi penghormatan kepada Peter, mari kita raikan kebebasan," tambahnya.

- Reuters/IM/im

Top