Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon dan pelawak Shamsul Ghau Ghau kini "Ustaz" bertauliah!

Pelakon dan pelawak Shamsul Ghau Ghau kini bergelar "ustaz". Ini bukan watak dalam drama atau filem. Ini betul-betul.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon dan pelawak Shamsul Ghau Ghau kini "Ustaz" bertauliah!

Shamsul Ghau Ghau. (Gambar: Shamsul Ghau Ghau/Instagram)

Diterbitkan : 20 Jan 2018 10:51PM Dikemas Kini : 20 Jan 2018 10:59PM

MALAYSIA: Pelakon dan pelawak Shamsul Ghau Ghau kini bergelar "ustaz". Ini bukan watak dalam drama atau filem. Ini betul-betul.

Shamsul atau nama sebenarnya Shamsul Azahar Aliddin, berkata tidak pernah terlintas difikirannya sebelum ini untuk menjadi seorang guru agama.

Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar dan selepas ini saya boleh berkongsi lebih banyak ilmu agama dengan masyarakat. - Shamsul Ghau Ghau

Shamsul menambah, beliau berasa malu apabila ada yang mula memanggilnya "Ustaz", lapor laman mStar.

"Sejujurnya saya tidak pernah mimpi atau terfikir pun nak jadi seorang guru dan agak malu apabila ada yang memanggil saya dengan gelaran ustaz.

"Selalunya, sebelum memulakan ceramah saya akan beritahu tetamu jangan panggil ustaz, saya segan sebab tinggi sangat tahap tu," katanya.

"Apa yang saya lakukan ini hanya berkongsi ilmu dengan masyarakat dan saya anggap ini perancangan terbaik yang telah diatur oleh Allah SWT," katanya kepada mStar Online.

LALUI PROSES PENTAULIAHAN

Shamsul memberitahu bahawa beliau baru sahaja lulus temuduga bagi melayakkan dirinya menerima tauliah untuk menyampaikan ceramah di negeri Selangor.

Beliau perlu melalui beberapa proses ujian berkaitan agama Islam sebelum diberi kelayakan tersebut.

"Untuk bergiat aktif sebagai penceramah agama atau motivasi, kita kena ada sijil kelayakan dan kerana itu saya hadiri temuduga tersebut.

"Sebenarnya bukan mudah untuk mendapatkan sijil tersebut kerana banyak proses dan ujian yang perlu dilalui.

"Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar dan selepas ini saya boleh berkongsi lebih banyak ilmu agama dengan masyarakat," katanya.

MASIH AKTIF SEBAGAI PELAKON, PENGACARA

Menyentuh mengenai kerjaya seni, pelakon berusia 50 tahun ini mengakui masih aktif bergelar pelakon dan pengacara.

Bagaimanapun, katanya, terdapat syarikat-syarikat penerbitan yang menyangka bahawa beliau sudah bersara dan enggan lagi berlakon.

"Industri seni ini merupakan sumber pendapatan saya dan kerana itu saya tidak boleh nak berhenti menjadi seorang pelakon.

"Tetapi ada produksi yang menyangka saya tak nak berlakon lagi dan mereka fikir saya hanya boleh bawa watak bapa dan ustaz sahaja.

"Insya-Allah kalau ada tawaran yang bersesuaian, saya tidak menolak. Sesekali itu rindu juga nak beraksi depan kamera," katanya.

Selain bergelar penceramah dan pelakon, Shamsul juga aktif sebagai pengacara dan penyanyi, lapor mStar Online.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan