Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Captain America didakwa bunuh ibu sendiri

Pelakon wanita yang mempunyai peranan kecil dalam filem "Captain America: The First Avenger", Mollie Fitzgerald didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh ibu kandungnya sendiri.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Captain America didakwa bunuh ibu sendiri

Mollie Fitzgerald didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh ibu kandungnya sendiri. (Gambar-gambar: Media sosial)

Diterbitkan : 03 Jan 2020 11:26PM Dikemas Kini : 03 Jan 2020 11:31PM

LOS ANGELES: Pelakon wanita yang mempunyai peranan kecil dalam filem "Captain America: The First Avenger", Mollie Fitzgerald didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh ibu kandungnya sendiri.

Fitzgerald yang ditahan pada Selasa (31 Dis) didakwa menikam ibunya, Patricia, 68 tahun, di kediaman mereka di Kansas, Amerika Syarikat pada 20 Disember lalu.

Menurut kenyataan polis, para pegawai memberi respons kepada satu ancaman bersenjata di lokasi rumah terbabit sebelum menemui mayat Patricia dengan kesan luka tikaman.

Beliau kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Seorang wanita kulit putih berusia 38 tahun, yang dikenali mangsa, ditemui di tempat kejadian dan dibawa ke hospital dengan cedera ringan," menurut polis dalam satu kenyataan. Ia kemudian dikemas kini dengan menyebut nama Mollie Fitzgerald sebagai orang yang ditahan.

Dia didakwa dengan tuduhan membunuh tanpa niat dan ditahan di penjara dengan bon jaminan AS$500,000 (S$675,000) dan akan dibicarakan pada minggu depan.

Pelakon wanita itu membawa watak Stark Girl dalam filem yang disiarkan pada tahun 2011 itu.

Fitzgerald juga bekerja sebagai penolong pengarah filem Joe Johnston.

Dalam satu wawancara pada 2011, Fitzgerald memberita ComicBookMovie.com bahawa berlakon dalam "Captain America: The First Avenger" merupakan salah satu pengalaman terbaik buat dirinya.   

Sumber : Reuters/SU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan