Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Avengers puji kanak-kanak 6 tahun lindungi adik dari serangan anjing

Captain America, Iron Man, Thor, Spiderman ... pelbagai adiwira memuji keberanian seorang kanak-kanak lelaki enam tahun yang cedera semasa menyelamatkan adik perempuannya daripada serangan anjing.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Avengers puji kanak-kanak 6 tahun lindungi adik dari serangan anjing

(Gambar: Instagram/nicolenoelwalker)

Diterbitkan : 18 Jul 2020 01:17PM Dikemas Kini : 18 Jul 2020 01:33PM

WASHINGTON: Captain America, Iron Man, Thor, Spiderman ... pelbagai adiwira memuji keberanian seorang kanak-kanak lelaki enam tahun yang cedera semasa menyelamatkan adik perempuannya daripada serangan anjing.

"Kamu seorang wira, apa yang kamu lakukan sangat berani, tidak mementingkan diri sendiri, adikmu sangat bertuah kerana mempunyai kamu sebagai abang," kata Chris Evans, pelakon yang memainkan watak Captain America dalam filem Avengers, yang sangat diminati kanak-kanak itu.

"Ibu bapa kamu pasti sangat bangga denganmu," kata Evans.

Bridger Walker, yang tinggal di Wyoming, barat Amerika Syarikat, menghadang adik perempuannya daripada seekor anjing baka campuran German Shepherd pada 9 Julai ketika anjing itu hendak menyerang kanak-kanak berusia empat tahun itu.

Dia digigit teruk di pipinya dan menjalani pembedahan kecemasan yang memerlukan 90 jahitan pada wajahnya.

Ibu bapanya berkata, selepas kejadian itu anak lelaki mereka memberitahu mereka, "Jika seseorang perlu mati, saya fikir itu sepatutnya adalah saya."

Kisahnya menjadi tular di media sosial Amerika Syarikat dan beberapa orang terkenal menyahut seruan ibu saudaranya di Instagram untuk memberikan pesanan sebagai sokongan kepada kanak-kanak lelaki itu.

Mereka termasuk Robert Downey Jr, yang melakonkan watak Iron Man dalam siri Avengers, yang berjanji kepada Bridger akan memerikan "sesuatu yang istimewa" untuk ulang tahunnya yang akan datang.

Chris Hemsworth, pelakon yang memainkan watak Thor dalam filem-filem adiwira, juga memuji Bridger sebagai "satu inspirasi".

"Keberanianmu adalah di luar bayangan dan kami semua sangat kagum dengan kamu, dan ingatan kami adalah bersamamu," katanya.

"Saya tahu kamu peminat Avengers dan jadi saya dan semua anggota pasukan, akan berasa bangga jika kamu menyertai pasukan itu dan kami menyayangi kamu dan menyokong kamu."

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan