Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Ashraf Muslim dijangkiti COVID-19

Tiada apa yang diharapkan oleh pelakon dari seberang tambak, Ashraf Muslim melainkan doa daripada orang ramai setelah beliau disahkan dijangkiti COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Ashraf Muslim dijangkiti COVID-19

(Gambar: Instagram/Ashraf Muslim)

Diterbitkan : 15 Apr 2020 04:45PM Dikemas Kini : 15 Apr 2020 04:46PM

MALAYSIA: Tiada apa yang diharapkan oleh pelakon dari seberang tambak, Ashraf Muslim melainkan doa daripada orang ramai setelah beliau disahkan dijangkiti COVID-19.

Menukil laporan Astro Awani, Ashraf menerima berita sedih itu pada 12 April lalu.

Ketika itu, beliau hanya mampu menahan sebak dan menerima keputusan yang di luar dugaan dengan penuh reda.

"Saya dijangkiti virus COVID-19. Sewaktu itu walaupun sebak di dada bila mendapat tahu jawapan tapi saya reda dgn pilihan Allah.. ada hikmah di sebaliknya.

"Datang perasaan nervous dan macam-macam perasaan timbul bila masuk dalam ambulans (itu yang sampai berpeluh-peluh tu). Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat-sahabat dan rakan-rakanku.

"Dan please tolong doakan yg baik utk saya dan pesakit-pesakit di sini dan juga kita semua, semoga Allah jauhkan wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua," kata Ashraf dalam catatan di Instagram pada Rabu (15 Apr), seperti dinukil laporan Astro Awani.

Dalam catatan berkenaan, Ashraf juga memohon maaf kepada semua rakan wartawan yang berusaha menghubunginya sebelum ini bagi mendapatkan kepastian mengenai berita tersebut.

Dalam kesempatan itu, Ashraf juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pekerja barisan hadapan yang disifatkan sebagai wira dan yang bertungkus lumus merawat para pesakit COVID-19.

Tanpa memaklumkan di hospital mana beliau dirawat, Ashraf berkata, sepanjang dirawat di wad, beliau berada dalam keadaan yang sihat serta berpeluang melaksanakan ibadah seperti bersolat dan membaca Al-Quran.

"To mama, ibu, Sarah, Adam, Anas dan Safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya clear dari COVID ini cepat yer.. supaya kita dapat jumpa ramai-ramai.

"Ayah rindu sangat.. tapi jangan risau yer ayah ok kat sini sihat dan boleh solat dan baca quran mcm biasa. Sama-sama kita berprasangka baik pada Allah... hanya DIA yg berikan penyakit dan dari DIA juga yg memberikan kita kesembuhan.. Allahualam," demikian menurut Ashraf sebelum mengakhiri catatannya.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan