Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon AS Loughlin dibebaskan dari penjara

Pelakon Amerika, Lori Loughlin dibebaskan pada Isnin (28 Dis) selepas menjalani hukuman penjara dua bulan kerana terlibat dalam penipuan untuk mendapatkan tempat bagi anak-anak dari keluarga-keluarga kaya di universiti-universiti berprestij, menurut pihak berkuasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon AS Loughlin dibebaskan dari penjara

Lori Loughlin. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 29 Dec 2020 01:20PM Dikemas Kini : 29 Dec 2020 01:25PM

LOS ANGELES: Pelakon Amerika, Lori Loughlin dibebaskan pada Isnin (28 Dis) selepas menjalani hukuman penjara dua bulan kerana terlibat dalam penipuan untuk mendapatkan tempat bagi anak-anak dari keluarga-keluarga kaya di universiti-universiti berprestij, menurut pihak berkuasa.

Pelakon 56 tahun itu yang terkenal menerusi peranannya sebagai Aunt Becky dalam sitkom 'Full House' pada tahun 1980-an dan 90-an memasuki penjara persekutuan dengan keselamatan rendah di Dublin, kira-kira 30 kilometer di timur San Francisco, pada 30 Oktober.

Pelakon Felicity Huffman yang popular dengan watak dalam filem 'Desperate Housewives' dibebaskan dari penjara yang sama pada Oktober 2019 selepas menjalani hukuman selama 11 hari daripada hukuman selama dua minggu, kerana peranannya dalam penipuan itu.

Loughlin dan suaminya, pereka Mossimo Giannulli, adalah antara 50 orang yang didakwa atas penipuan itu.

Dia dan suaminya dijatuhkan hukuman oleh seorang hakim persekutuan pada bulan Ogos selepas mengaku bersalah.

Pasangan itu mengaku membayar AS$500,000 (S$664,000) untuk mendapatkan kemasukan bagi dua anak perempuan mereka ke University of Southern California sebagai anggota pasukan dayung meskipun anak-anaknya tidak pernah dilatih dalam sukan tersebut sebelum ini.

Loughlin juga dijatuhi hukuman dua tahun bagi pembebasan yang diawasi, denda AS$150,000 (S$199,000) dan 100 jam perkhidmatan masyarakat.

Giannulli, 57, yang digambarkan oleh pendakwa sebagai yang lebih aktif di antara kedua-duanya, dijatuhi hukuman penjara lima bulan, denda AS$250,000 (S$332,500) dan 250 jam khidmat masyarakat.

Dia mula menjalani hukumannya pada 19 November di penjara Lompoc berhampiran Santa Barbara, California.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan