Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Ammar Alfian didenda kerana berkelakuan khianat, cederakan pemandu van Pos Malaysia

Pelakon Ammar Alfian didenda RM3,500 (S$1,100) oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini (1 Nov) selepas mengaku bersalah melakukan khianat dengan mengetuk pintu sebuah van Pos Malaysia menggunakan kayu besbol dan menumbuk pemandu van berkenaan pada April lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Ammar Alfian didenda kerana berkelakuan khianat, cederakan pemandu van Pos Malaysia

Pelakon Malaysia, Ammar Alfian. (Gambar: Hype Malaysia/Twitter)

Diterbitkan : 01 Nov 2021 10:22PM Dikemas Kini : 01 Nov 2021 10:32PM

KUALA LUMPUR: Pelakon Ammar Alfian didenda RM3,500 (S$1,100) oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini (1 Nov) selepas mengaku bersalah melakukan khianat dengan mengetuk pintu sebuah van Pos Malaysia menggunakan kayu besbol dan menumbuk pemandu van berkenaan pada April lalu.

Majistret S. Mageswary juga mengarahkan Ammar Alfian Aziz, 34 tahun, untuk menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda tersebut.

Bagi pertuduhan khianat, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 (S$650) atau penjara sebulan manakala bagi pertuduhan menyebabkan kecederaan, dia didenda RM1,500 (S$480) atau penjara sebulan.

Lelaki itu didakwa melakukan khianat dengan mengetuk pintu sebelah kanan kenderaan jenis Toyota Hiace milik Pos Malaysia Berhad menggunakan kayu besbol sehingga menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian RM777 (S$250).

Pelakon filem Paskal itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di Jalan Budiman 26/17A, Cheras, Kuala Lumpur, pada 1.45 tengah hari 5 April lalu.

Ammar Alfian turut didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Nur Aimin Mohd Noor, 31 tahun, pada tempat, masa dan tarikh sama.

Timbalan Pendakwa Raya Hanis Anisha Jamilludin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran agar tertuduh tidak mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang.

“Tertuduh sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada orang awam memandangkan dia seorang artis yang dikenali ramai,” kata Cik Hanis.

Peguam bela Muhammad Rhastdan Abdul Wahab, yang mewakili Ammar Alfian, memohon hukuman ringan atas alasan ini merupakan kesalahan pertama anak guamnya dan kerugian yang dialami hanya sekitar RM700.

“Mangsa juga hanya mengalami kecederaan ringan dan anak guam saya telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang siasatan,” katanya. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan