Images
  • remy julienne
    (Gambar: Reuters)

Pelakon aksi nekad James Bond, Remy Julienne meninggal dunia akibat COVID-19

PARIS: Salah seorang daripada pelakon aksi nekad tersohor di Perancis, Remy Julienne, yang beraksi dalam beberapa filem James Bond, meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19. Beliau berusia 90 tahun, menurut teman-teman dan keluarganya pada Jumaat (22 Jan).

Pelakon veteran itu beraksi dalam lebih 1,400 filem dan terbitan iklan di televisyen. Beliau terlantar di unit jagaan rapi di sebuah hospital di bandar Montargis, tengah Perancis sejak awal Januari.

"Apa yang dijangka berlaku telah berlaku. Beliau meninggalkan kami pada awal petang Khamis (21 Jan). Ia sudah dijangkakan, kerana beliau perlu bergantung pada alat pernafasan," kata seorang kenalan kepada AFP.

Kematiannya disahkan oleh seorang Anggota Parlimen dari daerah Loiret, Jean-Pierre Door, yang merupakan teman mendiang.

Julienne dilahirkan di Cepoy dekat Montargis pada tahun 1930.

Beliau pernah beraksi sebagai pelakon aksi nekad untuk beberapa pelakon terkenal di dunia termasuk pelakon James Bond Sean Connery dan Roger Moore, serta pelakon utama dalam dunia hiburan Perancis termasuk Yves Montand, Alain Delon atau Jean-Paul Belmondo.

Mendiang beraksi dalam enam filem James Bond termasuk "GoldenEye" dan "For Your Eyes Only".

- Agensi berita/HA/ha

Top