Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Aishwarya Rai, anak perempuan positif COVID-19

Dengan beberapa selebriti Bollywood termasuk   pelakon popular  Aishwarya Rai Bachchan  disahkan positif COVID-19, penularan virus itu di India semakin mendapat perhatian ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Aishwarya Rai, anak perempuan positif COVID-19

Pelakon filem India, Abhishek Bachchan, bersama isterinya, Aishwarya Rai, dan anak perempuan mereka, Aaradhya, pada 2019. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 12 Jul 2020 09:46PM Dikemas Kini : 12 Jul 2020 09:48PM

NEW DEHLI: Dengan beberapa selebriti Bollywood termasuk pelakon popular Aishwarya Rai Bachchan disahkan positif COVID-19, penularan virus itu di India semakin mendapat perhatian ramai.

Pelakon veteran Amitabh Bachchan, 77 tahun, dan anaknya Abhishek, 44 tahun mengumumkandi media sosial, pada Sabtu malam mereka dimasukkan ke hospital selepas diuji positif COVID-19.

Isteri Abhishek, Aishwarya Rai, pelakon dan bekas ratu cantik dunia juga disahkan positif bersama anak perempuan mereka Aaradhya sehari selepas itu pada Ahad.

Seorang lagi pelakon popular, Anupam Kher, dalam satu catatan di media sosial berkata, ujian virus ke atasnya negatif namun keputusan ujian bagi ibu, saudara lelaki, ipar serta anak saudaranya positif.

Industri filem India baru-baru ini menyambung penggambaran selepas sebulan dihentikan.

Namun begitu, para pelakon berusia 65 tahun ke atas dilarang berada di tempat penggambaran kerana mudah terdedah kepada virus tersebut.

Kes baru COVID-19 di India bertambah sebanyak 28,637 hari ini (12 Jul), jumlah tertinggi terbaru untuk satu hari di negara itu.

Penularan pesat virus korona itu di India telah menyebabkan beberapa bandar melanjutkan atau melaksanakan semula langkah kepungan.

India kini menduduki tangga ketiga dalam senarai jumlah kes COVID-19 di dunia.

Setakat ini sekitar 850,000 penduduk benua kecil itu sudah dijangkiti virus tersebut yang turut meragut nyawa lebih 22,600 orang pesakitnya. 

Sumber : Bernama/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan