Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Aaron Aziz reda anak terbang ke Jepun demi mengejar cita-cita

Biarpun berat melepaskan anak sulung menyambung pembelajaran di luar negara ketika dunia sedang berdepan dengan COVID-19, pelakon kelahiran Singapura Aaron Aziz, yang kini menetap di Malaysia, reda dengan pilihan Danish Anaqi, 16 yang mengejar cita-citanya di Jepun.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Aaron Aziz reda anak terbang ke Jepun demi mengejar cita-cita

(Gambar: Instagram/Aaron Aziz)

Diterbitkan : 14 Oct 2020 03:26PM Dikemas Kini : 14 Oct 2020 03:34PM

KUALA LUMPUR: Biarpun berat melepaskan anak sulung menyambung pembelajaran di luar negara ketika dunia sedang berdepan dengan COVID-19, pelakon kelahiran Singapura Aaron Aziz, yang kini menetap di Malaysia, reda dengan pilihan Danish Anaqi, 16 yang mengejar cita-citanya di Jepun.

Bercakap kepada BH Online, artis 44 tahun itu berkata beliau dan isteri, Diyana Halik, enggan anaknya terlepas tawaran keemasan sebegitu.

"Saya dan isteri saya cuba mengingati apa yang kami lakukan pada usia 16 tahun. Ketika itu, kami tidak ada peluang seperti yang diperoleh Danish. Jadi apabila ada tawaran begini, mengapa kita mahu lepaskan.

"Kami mahu Danish menggunakan peluang sebaik-baiknya kerana ini keinginannya. Ini juga pengalaman yang akan mengajar dia berdikari," kongsi beliau bersama BH Online.

"Kami berdoa, berharap dan berserah kepada Allah supaya Danish dan anak-anak yang terpilih dari seluruh dunia itu dilindungi daripada perkara yang boleh dilihat dan tidak boleh dilihat."

Khabar itu dimaklumkan oleh Aaron pada Ahad (11 Okt) semasa memuat naik video selamat tinggal kepada Danish di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ke laman Instagramnya.

BH Online melaporkan Danish ke Jepun muntuk mengikuti kursus pra diploma di sebuah sekolah di sana selama tiga tahun.

"Kira-kira dua tahun lalu, Danish pernah ke sekolah yang sama bagi mengikuti aktiviti musim panas selama dua minggu. Ketika itu, dia tidak boleh membawa telefon. Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja," kata Aaron.

"Jadi, kami percaya dia selesa di sana kerana ada pengalaman sebelum ini. Kalau nak cakap risau, tipulah kami tidak risau apabila dia perlu menjalani ujian swab sebelum pergi dan apabila tiba."

Tarikh kepulangan Danish pula buat masa ini tidak dapat dipastikan di tengah-tengah ketidaktentuan ekoran pandemik virus korona, kata Aaron kepada laman itu, sambil menambah bahawa anaknya sepatutnya berangkat ke Jepun pada Ogos namun perancangan ditunda kerana COVID-19.

Selain Danish, Aaron mempunyai dua anak perempuan berusia 14 dan 10, hasil perkahwinannya bersama Diyana Halik sejak 2003.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan