Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pawagam pertama dibuka di Jeddah minggu depan

Jeddah akan membuka panggung wayangnya yang pertama Isnin depan (28 Jan) di Red Sea Mall. Bandar tersebut dijadual membuka sebanyak 65 skrin pawagam pada masa hadapan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pawagam pertama dibuka di Jeddah minggu depan

(Gambar: Facebook/VOX Cinemas KSA)

Diterbitkan : 24 Jan 2019 09:42PM Dikemas Kini : 24 Jan 2019 09:48PM

JEDDAH: Jeddah akan membuka panggung wayangnya yang pertama Isnin depan (28 Jan) di Red Sea Mall.

Bandar tersebut dijadual membuka sebanyak 65 skrin pawagam pada masa hadapan. Tiga akan dibuka pada 2019, manakala dua lagi pawagam akan dibuka pada suku kedua 2020, menurut laporan Saudi Gazette.

Rancangan ini didedahkan oleh Encik Hamza Al-Ghobaishi, pengarah Suruhanjaya Besar Media Audiovisual wilayah Makkah semasa majlis jamuan bersama Putera Badr bin Sultan, timbalan emir Makkah.

Menurut Saudi Gazette, sebanyak 12 skrin pawagam akan dibuka di Red Sea Mall pada suku pertama 2019. Andalus Mall pula akan menempatkan 27 skrin manakala Stars Avenue akan membuka sembilan skrin menjelang akhir 2019.

Encik Al-Ghobaishi juga mendedahkan rancangan membuka 11 skrin pawagam di Obhur Mall dan enam lagi di Al-Masarah Mall pada suku kedua 2020.

Saudi Gazette melaporkan rancangan suruhanjaya itu termasuk membuka 102 skrin di Jeddah dan tujuh di Taif.

Selepas lebih 30 tahun, kerajaan Arab Saudi membuka pawagamnya yang pertama di Riyadh pada April 2018 sebagai sebahagian Visi 2030 untuk membuka lebih banyak kemudahan rekreasi merata kerajaan.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan