Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Paul McCartney gesa orang ramai dapatkan vaksin COVID-19 semasa pelancaran album baru

Legenda pop Britain, Paul McCartney pada Jumaat (18 Dis) menggesa orang ramai untuk mendapatkan vaksin virus korona, ketika beliau meraikan pelancaran album solo terbarunya yang dihasilkan semasa sekatan tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Paul McCartney gesa orang ramai dapatkan vaksin COVID-19 semasa pelancaran album baru

Album McCartney III yang diterbitkan pada hujung 2020 di tengah pandemik COVID-19 (Gambar: AFP/Tolga Akmen)

Diterbitkan : 19 Dec 2020 02:20PM Dikemas Kini : 19 Dec 2020 02:29PM

LONDON: Legenda pop Britain, Paul McCartney pada Jumaat (18 Dis) menggesa orang ramai untuk mendapatkan vaksin virus korona, ketika beliau meraikan pelancaran album solo terbarunya yang dihasilkan semasa sekatan tahun ini.

Bekas anggota The Beatles itu, yang mendedahkan pada Oktober bahawa beliau sudah selesai menyiapkan lagu-lagu yang tergendala untuk melengkapkan rekod itu, berkata internet membolehkan mesej dari golongan anti-vaksin disebarkan dengan meluas.

"Saya akan mendapatkan vaksin, dan saya ingin menggalak orang ramai untuk mendapatkannya juga," katanya kepada radio BBC.

"Dahulu pernah ada orang anti-vaksin, tidak mengapa, itu adalah pilihan mereka.

"Tetapi dengan internet sekarang perkara-perkara ini benar-benar berleluasa dan oleh itu ada orang yang tidak akan mengambilnya."

Album baru McCartney III, yang dikeluarkan seminggu lebih awal dari yang dirancang, adalah album solo ketiganya.

Ia menyusuli kerja selama beberapa bulan di studio rumahnya di Sussex, di selatan England, dengan lagu-lagu yang sudah mula ditulis atau baru.

Semuanya ditulis, diterbitkan dan dipersembahkan oleh McCartney, yang berkata beliau tidak merancanga untuk mengeluarkan album pada 2020 hingga pandemik memaksanya untuk duduk di rumah selama berbulan-bulan.

Bekas penyanyi utama Beatles itu sepatutnya membuat penampilan utama di festival Glastonbury tahun ini, sempena ulang tahun ke-50 acara itu, namun ia dibatalkan kerana pandemik.

Album baru McCartney dikeluarkan bertepatan dengan ulang tahun ke-50 album solo pertamanya, McCartney, yang dikeluarkan apabila The Beatles mengambil haluan masing-masing pada 1970. Album seterusnya, McCartney II, muncul sedekad kemudian.

Kebanyakan lagu dalam koleksi terbaru itu merupakan persembahan vokal dan gitar atau piano McCartney secara langsung, sebelum diadun dengan permainan bes dan dram.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan