Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Paskal berjaya kutip RM22 juta dalam 18 hari

Filem Paskal berjaya meraih kutipan RM22 juta (S$7.3 juta) dalam tempoh 18 hari sejak ia mula ditayangkan, menurut laporan Astro Awani.

Anggaran Waktu Membaca:
Paskal berjaya kutip RM22 juta dalam 18 hari

(Gambar: @paskal_themovie/Instagram)

Diterbitkan : 16 Oct 2018 02:09PM Dikemas Kini : 16 Oct 2018 02:18PM

KUALA LUMPUR: Filem Paskal berjaya meraih kutipan RM22 juta (S$7.3 juta) dalam tempoh 18 hari sejak ia mula ditayangkan, menurut laporan Astro Awani.

Sebelum ini, kebanyakan filem berunsur patriotik gagal mendapat tempat di hati para penonton.

Oleh itu, para penerbit tidak berani mengambil risiko untuk menghasilkan filem yang menanamkan rasa jati diri atau kecintaan kepada bangsa dan negara.

Namun berbeza dengan filem Paskal, ramai yang sudah menonton filem itu mengaku bahawa mereka menyaksikan filem tersebut lebih dari sekali, lapor Astro Awani.

Malah, filem yang diarahkan oleh Adrian Teh itu juga sudah mula ditayangkan di Singapura sejak tiga hari lalu.

Menurut Astro Awani, filem itu turut mendapat respons positif daripada para penonton tempatan.

Paskal diilhamkan oleh kisah sepasukan anggota unit elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), yang merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada tahun 2011.

Filem Paskal dijayakan oleh para pelakon terkenal seperti Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G, Jasmine Suraya dan ramai lagi. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan