Images
  • Ramli Sarip (2)
    (Gambar: Ramli Sarip/Facebook)

Papa Rock suntik nafas baru kepada Majulah S'pura sempena NDP 2019

BERITAmediacorp: 'Papa Rock' Ramli Sarip akan mendendangkan lagu kebangsaan Singapura semasa Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini.

Namun begitu, video beliau ketika sedang berlatih lagu kebangsaan yang diolah semula khas untuk NDP 2019 menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Video itu adalah sedutan daripada latihan persembahan bagi 9 Ogos nanti di Padang.

Menurutnya, sentuhan baru itu adalah satu percubaan beliau dan seorang lagi tokoh muzik Dr Sydney Tan untuk membawa nafas baru kepada persembahan NDP nanti.

Beliau menambah bahawa kedua-dua mereka bagaimanapun tidak menjangkakan pihak penganjur tertarik dengan versi itu.

Beliau turut menulis di catatan Instagramnya bahawa persembahan moden lagu kebangsaan itu akan didendangkan tepat pada 6.30 petang nanti.

- BERITAMediacorp/ru

Top