Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pak Pandir meninggal dunia

Allahyarham Pak Pandir atau nama sebenarnya Azmi Ali, 62 tahun, sebelum ini dimasukkan ke wad kecemasan kerana masalah tekanan darah rendah, buah pinggang dan paru-paru berair pada Selasa lalu (26 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Pak Pandir meninggal dunia

(Gambar: @aktorzulkifli/ Instagram)

Diterbitkan : 30 Jun 2018 11:32AM Dikemas Kini : 30 Jun 2018 10:16PM

KUALA LUMPUR: Anda masih ingat dengan penyanyi era tahun 90-an yang popular dengan lagu Yang Remeh Temeh? Penyanyinya, Pak Pandir meninggal dunia sekitar pukul 4.30 pagi semalam (29 Jun) di Hospital Kajang. Demikian menurut laporan media Malaysia.

Allahyarham Pak Pandir atau nama sebenarnya Azmi Ali, 62 tahun, sebelum ini dimasukkan ke wad kecemasan kerana masalah tekanan darah rendah, buah pinggang dan paru-paru berair pada Selasa lalu (26 Jun).

Menurut Utusan Online, pada Khamis (28 Jun), Pak Pandir turut sempat memuat naik status memberitahu keadaan dirinya yang dimasukkan ke hospital tersebut bagi memudahkan sesiapa yang ingin menziarahinya.

Allahyarham memaklumkan bahawa beliau mengalami masalah kesihatan tersebut turut meminta supaya para peminat mendoakan yang terbaik untuknya.

Pak Pandir yang aktif sebagai pemuzik jalanan di Kuala Lumpur meninggalkan isteri, Cik Rosmi Salmiah dan tujuh orang anak serta tiga cucu, lapor Utusan Online.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan