Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

P Ramlee setaraf Sinatra & Chaplin, kata pelakon Crazy Rich Asians ini

Pelakon dan pengacara Henry Golding menerusi Instagram miliknya memberitahu dia menjadikan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai inspirasi dalam kerjayanya.

Anggaran Waktu Membaca:
P Ramlee setaraf Sinatra & Chaplin, kata pelakon Crazy Rich Asians ini

Petikan catatan Instagram Henry Golding (Gambar: Instagram/Henry Golding)

Diterbitkan : 18 Aug 2018 03:54PM Dikemas Kini : 18 Aug 2018 03:58PM

MALAYSIA: Pelakon dan pengacara Henry Golding menerusi Instagram miliknya memberitahu dia menjadikan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai inspirasi dalam kerjayanya.

Laman Astroawani melaporkan, anak kelahiran Sarawak itu juga menyifatkan seniman tersebut seorang yang berbakat besar seperti selebriti luar negara iaitu Frank Sinatra dan Charlie Chaplin.

"Ketika ditanya oleh @hollywoodreporter siapakah individu yang telah menginspirasikan saya sejak kecil lagi, beliau adalah P. Ramlee.

"Beliau boleh menyanyi, berlakon, menulis dan mencipta pelbagai naskah yang sehingga hari ini dapat diingati.

"Malah beliau masih seorang hero dalam Asia hari ini," luahnya kepada portal hiburan berbahasa Inggeris dan ditukil Astroawani.

Dalam perkembangan kerjaya, Henry Golding atau nama penuhnya, Henry Ewan Golding bakal muncul menerusi Filem Crazy Rich Asians minggu hadapan (22 Ogos).

Astroawani juga melaporkan jejaka kacak tersebut juga merupakan warga Malaysia pertama muncul dalam The Ellen DeGeneres Show.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan