Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Operasi mencari anak Fauziah Nawi diperluas

Operasi mencari dan menyelamat pengarah filem, Firdaus 'Pitt' Hanif, 43 tahun, yang dikhuatiri lemas di Sungai Jelai, Kuala Lipis semalam, diperluas sehingga 30 kilometer dari lokasi mangsa kali terakhir dilihat.

Anggaran Waktu Membaca:
Operasi mencari anak Fauziah Nawi diperluas

(Gambar: Facebook/Pitt Hanif)

Diterbitkan : 27 Oct 2019 04:11PM Dikemas Kini : 27 Oct 2019 04:13PM

KUANTAN: Operasi mencari dan menyelamat pengarah filem, Firdaus 'Pitt' Hanif, 43 tahun, yang dikhuatiri lemas di Sungai Jelai, Kuala Lipis semalam, diperluas sehingga 30 kilometer dari lokasi mangsa kali terakhir dilihat.

Pitt Hanif adalah anak kepada pelakon veteran Fauziah Nawi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Azli Mohd Noor berkata operasi dimulakan pada 8.00 pagi tadi (27 Okt) melibatkan 15 bot, selepas dihentikan 7.00 malam semalam.

“Operasi hari ini disertai 74 individu termasuk anggota dan pegawai daripada polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk setempat.

“Lima anggota daripada pasukan penyelam bomba juga turut serta dalam operasi hari ini,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, mangsa dilaporkan hilang berhampiran Jambatan Gemunchur di Mela selepas bot fiber dinaikinya bersama rakan untuk memancing terbalik dengan rakannya ditemui selamat.

Supt Azli berkata arus di sungai berkenaan kini dalam keadaan deras dan pencarian bertumpu di permukaan buat masa ini.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan