Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

OK Syiok kembali dengan musim kedua; acara FB Live malam ini

Rancangan OK Syiok! kembali dengan musim kedua setiap Khamis, 9.00 malam, mulai 8 Oktober.

Anggaran Waktu Membaca:
OK Syiok kembali dengan musim kedua; acara FB Live malam ini

Artis-artis undangan bagi salah satu episod OK Syiok! (Gambar-gambar: Suria)

BERITAmediacorp: Rancangan OK Syiok! kembali dengan musim kedua setiap Khamis, 9.00 malam, mulai 8 Oktober.

Namun, sebelum itu, sempena menyambut pelancaran siri 10 episod tersebut, Suria bakal menganjurkan acara Facebook Live malam ini (3 Okt).

Para penonton boleh menjangkakan pelbagai kegiatan menarik bahkan mereka juga berpeluang memenangi baucar bernilai S$50. Selain itu, penyanyi tempatan, Taufik Batisah juga akan membuat persembahan khas.

Orang ramai boleh menyertai acara berkenaan dengan melungsuri Facebook @Mediacorp Suria dari 8.30 hingga 9.30 malam ini.

SEGMEN BARU, BERBILANG MEDIA

Lebih menarik lagi, musim OK Syiok! 2: Yuk Bual-Bual yang akan disiarkan di Suria dan MeWatch bakal menampilkan satu segmen baru.

Dalam setiap episod, seorang penonton bakal diundang berkaraoke bersama dengan artis undangan pada minggu tersebut, dengan barisan penyanyinya termasuk Ziana Zain, Han Byul, Ramli Sarip dan Rahimah Rahim.

Di samping terhibur dengan persembahan artis-artis undangan dan pengacara Suhaimi Yusof serta Khairudin Samsudin, para penonton juga akan mempelajari tentang pelbagai skim pemerintah berhubung isu-isu seperti kos sara hidup, pekerjaan, pembelajaran sepanjang hayat dan sebagainya.

Malah, selain di kaca televisyen, rancangan tersebut juga akan disiarkan di corong radio melalui segmen khas OK Syiok setiap Selasa, 5.00 hingga 6.00 petang, dari 6 Oktober hingga 8 Disember bersama para penyampai TG dan RZ serta rakan artis undangan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang rancangan yang dianjurkan bersama Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) itu di bit.ly/oksyiok2event. 

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan