Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Nur diangkat ke layar perak tahun depan

Drama popular Nur bakal diangkat menjadi filem tahun depan, dedah pengarah dan penerbit Shahrulezad Mohameddin.

Anggaran Waktu Membaca:
Nur diangkat ke layar perak tahun depan

Poster drama Nur. (Gambar: Drama Nur 2 TV3/Facebook)

Diterbitkan : 07 Jul 2019 09:21PM Dikemas Kini : 07 Jul 2019 09:23PM

KUALA LUMPUR: Drama popular Nur bakal diangkat menjadi filem tahun depan, dedah pengarah dan penerbit Shahrulezad Mohameddin.

Pengarah tersebut juga merasakan sudah tiba masanya beliau menyahut cabaran duduk di kerusi sutradara filem pula, selepas sekian lama mengarahkan drama bagi siaran televisyen.

“Saya berasakan, inilah masa yang tepat untuk saya berbuat demikian, apatah lagi minat orang ramai terhadap drama yang menemui penonton TV3 selama dua tahun berturut-turut itu masih kuat,” katanya, seperti dinukil BH Online.

Penggambaran bagi filem Nur dijangka bermula pada bulan Mac depan, menyusuli pengumuman hamil anak kedua oleh tunjang utama Nur, Amyra Rosli.

Menurut BH Online lagi, Shahrulezad akan mengembangkan cerita daripada kesinambungan drama Nur musim kedua.

"Tentunya kami berdepan dilema, saat ini, memikirkan cara untuk menghidupkan semula watak Ustaz Hamadi yang mati dalam Nur 2.

“Selain Amyra dan Azhan Rani, kami juga akan mengekalkan barisan pelakon asal seperti Syafiq Kyle, Noorkhiriah dan Azar Azmi,” kata beliau kepada BH Online.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan