Images
  • nourul penyanyi
    Nourul bersama suaminya, Eric Daniel Depp. (Gambar: nouruldepp/Instragam)

Nourul berhijrah ke Bali penuhi impian suami

KUALA LUMPUR: Penyanyi Nourul kini berhijrah ke Bali, Indonesia bagi memenuhi impian suaminya, Eric Daniel Depp, Astro Awani memetik majalah Mingguan Wanita.

Penyanyi Malaysia itu turut membawa tiga cahaya mata mereka iaitu Zachary, 8 tahun, Raphael, 6 tahun, dan Isabella, 2 tahun.

Ayu Nazirah, anak daripada perkahwinan terdahulu bersama penyanyi dan komposer Ajai, bagaimanapun tidak ikut serta.

Menerusi satu catatan di akaun Instagramnya, penyanyi lagu ‘Kerana Terluka’ itu menasihatkan orang ramai supaya menyimpan kad vaksinasi dengan baik.

Kad berkenaan diberikan di Pusat Pemberian Vaksin kepada individu selepas mereka selesai mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, menurut Mingguan Wanita.

Nourul menekankan betapa kad vaksinasi yang diberikan itu sangat penting untuk kegunaan ketika berada di luar negara kerana mereka di sana tidak mengambil kira sijil vaksinasi digital mahupun dalam talian.

“Kad vaksinasi ni jangan hilang ye. Nanti kalau sempadan sudah dibuka, berguna sangat-sangat," ujar Nourul seperti ditukil Mingguan Wanita.

“Sebab negara lain tidak akan memuat naik rekod vaksin. Jadi kita perlukan ini,” tulis Nourul mengenai kad vaksinasi yang diperolehinya di Malaysia. 

- Agensi berita/FZ/fz

Top