Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Nora diuji sekali lagi, kehilangan anak kedua secara mengejut

Anak kedua penyanyi Nora Ariffin, Alif Johan yang berusia 20 tahun, meninggal dunia secara mengejut di kediaman keluarga di Kuala Lumpur pagi tadi (14 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Nora diuji sekali lagi, kehilangan anak kedua secara mengejut

Nora bersama anak keduanya, Alif Johan, yang meninggal dunia pada 14 Dis 2019. (Gambar: itsnoraariffin/Instagram)

Diterbitkan : 14 Dec 2019 05:47PM Dikemas Kini : 14 Dec 2019 05:52PM

KUALA LUMPUR: Anak kedua penyanyi Nora Ariffin, Alif Johan yang berusia 20 tahun, meninggal dunia secara mengejut di kediaman keluarga di Kuala Lumpur pagi tadi (14 Dis).

Khabar sedih tersebut dikongsi sendiri oleh Nora, 46 tahun, di Instagramnya ketika pelantun lagu Di Persimpangan Dilema itu berada dalam pesawat untuk berangkat pulang dari Singapura.

“Inna Lillahi wainna ilayhi raji'un... Allah uji sekali lagi. Saya mahu bagi tahu semua, anak saya, Alif Johan, baru sahaja menghembuskan nafas terakhir.

“Beliau kembali ke rahmatullah pagi tadi di rumah saya dan jenazahnya akan dikebumikan secepat mungkin, hari ini.

“Mohon maafkan kesalahannya. Saya diuji sekali lagi... Saya reda Ya Allah,” ujarnya penuh sebak menerusi satu perkongsian video pendek seperti ditukil oleh BH Online.

View this post on Instagram

������������

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Alif adalah anak kedua daripada empat adik-beradik hasil perkahwinan Nora dengan Johan Nawawi.

Suami Nora yang merupakan seorang penggubah lagu meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun.

Menurut BH Online, saudara terdekat memberitahu bahawa jenazah Allahyarham kini sudah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya.

Alif, atau nama penuhnya Muhammad Syakir Alif Johan, aktif dalam bidang nyanyian dan malah mara sebagai 20 calon protege Mentor Milenia 2019.

Bercita-cita untuk meneruskan legasi bapanya dalam bidang muzik, pelajar tahun akhir jurusan perfileman Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu kerap menunjukkan bakat dalam pelbagai pertandingan nyanyian.

Pada 6 Disember lalu, Allahyarham memuat naik video kemenangannya sebagai juara pertandingan Clash of the Talent anjuran Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), dengan membawakan lagu Salam Terakhir.

Sebelum ini, Alif yang pernah mengalami masalah berat badan hingga mencecah 130 kilogram menjalani pembedahan bariatrik dan berjaya menurunkan berat 40 kilogram dalam tempoh beberapa bulan. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan