Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Noorkhiriah tarik diri tajaan umrah percuma selepas masalah dalaman agensi terdedah

KUALA LUMPUR: Pelakon, Noorkhiriah, mendedahkan pernah menarik diri daripada program umrah anjuran sebuah agensi pengelola ibadat itu kerana enggan terkait dalam masalah dalaman syarikat berkenaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Noorkhiriah tarik diri tajaan umrah percuma selepas masalah dalaman agensi terdedah

(Gambar: Instagram/khiriah17)

Diterbitkan : 04 Aug 2019 06:33PM Dikemas Kini : 04 Aug 2019 06:38PM

KUALA LUMPUR: Pelakon, Noorkhiriah, mendedahkan pernah menarik diri daripada program umrah anjuran sebuah agensi pengelola ibadat itu kerana enggan terkait dalam masalah dalaman syarikat berkenaan.

Noorkhirah atau nama lengkapnya Noorkhiriah Ahmad Shapie mendakwa, beliau berbuat demikian selepas mendapati wujud masalah dalam pengurusan agensi terbabit, sekali gus enggan dibebani kesulitan mungkin berlaku pada kemudian hari.

“Kejadian itu berlaku pada tahun lalu apabila sebuah agensi menawarkan saya pakej mengerjakan umrah secara percuma," katanya kepada BH Online

“Selepas menandatangani kontrak dan memuat naik poster promosi pakej menunaikan umrah itu di laman sosial, saya mendapat mesej peribadi mengenai masalah dihadapi agensi terbabit bersama mereka yang pernah mendapatkan khidmat mereka.

“Pengirim mesej itu mendakwa, wujud masalah berkaitan wang membabitkan agensi berkenaan. Selepas bertanyakan sendiri perkara berkenaan kepada pihak terbabit dan mereka mengesahkannya, saya menarik diri daripada menyertai program itu,” katanya lagi kepada BH Online.

Pemenang tiga kali berturut-turut Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) itu berkata, beliau percaya ada hikmah di sebalik insiden berkenaan.

“Saya tidak kecewa dengan apa yang berlaku. Ternyata, Tuhan memberikan rezeki lain kepada saya apabila sekali lagi ditawarkan untuk menunaikan umrah.

“InsyaAllah, saya akan berangkat ke Tanah Suci Makkah, Disember depan. Lebih menggembirakan, kali ini saya berpeluang untuk membawa suami dan anak bersama-sama,” katanya pada sidang media pelantikan dirinya, Azhan Rani dan Azadan Rabbani sebagai ikon umrah De Hearty, di sini.

Pelakon drama rantaian, Nur dan Nur 2, itu turut menggesa semua pihak supaya lebih berhati-hati apabila berurusan dengan mana-mana agensi umrah.

“Paling utama, jangan lekas percaya jika harga ditawarkan sangat murah. Ada agensi yang menawarkan pakej serendah RM3,000 (S$994). Jadi, bagi mengelakkan masalah timbul pada kemudian hari, seelok-eloknya kita kena siasat terlebih dahulu,” katanya kepada BH Online.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan