Images
  • noor nabila
    Petikan Instagram Neelofa.

Noor Nabila kini bergelar isteri Engku Emran

KUALA LUMPUR: Bekas isteri pelakon Malaysia Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Mohd Noor selamat menikahi Engku Emran Engku Zainal Abidin pagi tadi (19 Mac).

Noor Nabila yang juga kakak kepada usahawan Neelofa melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup di sebuah masjid tanpa sebarang hebahan kepada media dan masyarakat, lapor Astro Awani.

Dalam majlis itu, Engku Emran turut menyerahkan sebentuk cincin kepada Noor Nabila sebagai mas kahwin.

Neelofa dalam catatan Instagram memuat naik video pendek Engku Emran melafazkan akad nikah.

Engku Emran sebelum ini pernah dua kali bernikah, namun kedua-duanya gagal di pertengahan jalan, menurut Astro Awani.

Perkahwinan pertama Engku Emran, 46, adalah dengan artis terkenal, Erra Fazira dan dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya.

Sementara pernikahan keduanya adalah bersama pelakon dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella yang hanya bertahan dua tahun.

Nabila pula pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad.

Perkahwinan mereka juga tidak bertahan lama. Nabila dan Sharnaaz dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden.

- Agensi berita/HA/ha

Top