Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Nike saman pengeluar 'Kasut Syaitan' Lil Nas X

Pembuat kasut sukan Nike pada Isnin (29 Mac) menyaman sebuah syarikat yang berpangkalan di New York yang menghasilkan "Satan Shoes" (Kasut Setan) yang dipercayai mengandungi titisan darah manusia.

Anggaran Waktu Membaca:
Nike saman pengeluar 'Kasut Syaitan' Lil Nas X

Nike menyaman syarikat New York, MSCHF yang membuat "Kasut Setan". (Gambar: Laman MSCHF)

Diterbitkan : 31 Mar 2021 11:16PM Dikemas Kini : 31 Mar 2021 11:17PM

LOS ANGELES: Pembuat kasut sukan Nike pada Isnin (29 Mac) menyaman sebuah syarikat yang berpangkalan di New York yang menghasilkan "Satan Shoes" (Kasut Setan) yang dipercayai mengandungi titisan darah manusia.

Ia adalah sebahagian daripada kerjasama syarikat itu dengan penyanyi muzik rap, Lil Nas X yang terkenal dengan lagu 'Old Town Road'.

Dalam tuntutan mahkamahnya, Nike menegaskan bahawa syarikat MSCHF Product Studio melanggar dan mencemari jenamanya melalui kasut berwarna hitam dan merah yang bertemakan syaitan, yang dijual secara online pada Isnin (29 Mac).

Lil Nas X bagaimanapun tidak disenaraikan sebagai defendan dalam kes tuntutan mahkamah itu.

Kasut itu adalah kasut Nike Air Max 97 yang mengandungi dakwat merah dan "satu titisan darah manusia" pada bahagian tapaknya, menurut laman yang membuat ulasan tentang 666 pasang kasut edisi terhad ini.

Bahagian belakang salah satu kasut dibubuhkan dengan perkataan "MSCHF" dan satu lagi kasut pula "Lil Nas X."

Menurut laporan sebilangan agensi media, kasut tersebut habis dijual dalam masa kurang seminit pada harga AS$1,018 (S$1,373).

Dalam ciapan Twitternya, Lil Nas X turut mendedahkan bahawa beliau akan memilih penerima kasut ke-666 daripada para pengguna media sosial yang menyebarkan salah satu tweetnya.

Dalam tuntutan mahkamah yang difailkan kepada mahkamah persekutuan di New York, Nike menegaskan bahawa kasut-kasut itu dihasilkan "tanpa kelulusan dan kebenaran Nike," dan gergasi barangan sukan itu "sama sekali tidak bersangkut paut dengan projek berkenaan." 

Sumber : Reuters/NJ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan