Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Niat Neelofa bukan nak sindir tapi bantu peniaga burger

Neelofa menafikan dia menyindir seorang peniaga apabila memuat naik imej burger selang beberapa jam dia dikenakan kompaun sebanyak RM20,000 (S$6,500) pada Selasa (27 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Niat Neelofa bukan nak sindir tapi bantu peniaga burger

Noor Neelofa Mohd Noor. (Gambar: Neelofa/Instagram)

Diterbitkan : 27 Apr 2021 11:11PM Dikemas Kini : 27 Apr 2021 11:15PM

KUALA LUMPUR: Neelofa menafikan dia menyindir seorang peniaga apabila memuat naik imej burger selang beberapa jam dia dikenakan kompaun sebanyak RM20,000 (S$6,500) pada Selasa (27 Apr).

Melalui InstaStorynya usahawan selebriti itu berkata, sudah ramai yang tersalah sangka dengan perkongsiannya itu.

“Ya Allah SWT, ramainya salah anggap dan bersangka tidak baik.

“Sebelum muat naik foto tersebut, saya telah hubungi pihak peguam dan polis untuk bertanyakan secara terperinci mengenai kompaun yang dikenakan terhadap individu berkenaan,” katanya.

Menurut Neelofa, 32, sebenarnya beliau sekadar cuba membantu menyelesaikan bayaran kompaun lelaki tersebut, lapor Malaysiakini.

“Saya juga minta untuk bantu menyelesaikan bayaran (kompaun) dengan izin Allah SWT,” katanya.

Mengiringi perkongsian tersebut, pelakon Suri Hati Mr Pilot itu turut memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp bersama peguamnya, menurut Malaysiakini lagi.

Ia memaparkan Neelofa sedang mendapatkan jumlah sebenar kompaun yang dikenakan terhadap peniaga berkenaan.

Awal dari itu, tindakan Neelofa memuat naik sekeping gambar burger dengan kapsyen jom moreh dalam InstaStorynya mengundang kecaman netizen.

Ia dimuat naik selepas Polis Diraja Malaysia mengeluarkan kompaun RM20,000 (S$6,500) terhadapnya kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang COVID-19.

Suaminya, Haris Ismail atau PU Riz juga dikenakan kompaun RM10,000 (S$3,200) atas kesalahan melanggar kebenaran merentas negeri, lapor Malaysiakini.

Selain itu, 20 anggota keluarga Neelofa yang hadir dalam majlis perkahwinan itu turut dikenakan kompaun RM1,500 (S$485) seorang kerana gagal memastikan penjarakan fizikal.

Kesemua kompaun dikeluarkan hari ini (27 Apr) berjumlah RM60,000 (S$19,000).

Sementara itu, pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor itu turut berkongsi sepotong hadis yang menyatakan keistimewaan diperoleh sekiranya seseorang membantu orang lain yang dalam kesusahan.

“Rasulullah SAW menjelaskan, kelebihan menolong orang lain yang dalam kesusahan, maksudnya; Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah SWT akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari Kiamat.

“Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah SWT akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat,” hadis riwayat Muslim.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan