Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Nia Ramadhani akui 'digoda' dadah sejak usia 14 tahun

Pelakon terkenal Indonesia Nia Ramadhani yang ditahan selepas disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah baru-baru ini mengakui dia sebenarnya pernah ditawarkan bahan terlarang itu sejak usia 14 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Nia Ramadhani akui 'digoda' dadah sejak usia 14 tahun

Nia Ramadhani mengakui dia sebenarnya pernah ditawarkan dadah sejak usia 14 tahun.

Diterbitkan : 10 Jul 2021 01:07PM Dikemas Kini : 10 Jul 2021 01:15PM

JAKARTA: Pelakon terkenal Indonesia Nia Ramadhani yang ditahan selepas disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah baru-baru ini mengakui dia sebenarnya pernah ditawarkan bahan terlarang itu sejak usia 14 tahun.

Bahkan katanya sebelum ini, dia yakin tidak mungkin akan terjebak untuk menggunakan bahan tersebut kerana percaya semuanya bergantung kepada diri sendiri serta didikan orang tua yang berkesan.

“Dalam dunia selebriti semuanya sudah bermula dari saya berumur 14 tahun, dunia sebegitu sudah ada kok. Dunia narkoba (dadah). Itu bergantung pada iman masing-masing.

“Di saat penggambaran, ada pelbagai perkara timbul, pasti ada juga yang menawarkan (dadah) cuma, ia bergantung bagaimana asuhan orang tua dan seterusnya diri sendiri,” katanya dipetik Tribunnews.

Pelakon Bawang Merah Bawang Putih itu berkata demikian sewaktu diwawancara bersama media pada 2018.

Sebelum ini, Nia dan suaminya - ahli perniagaan dan anak mantan Menteri Ekonomi Indonesia Aburizal Bakrie - Ardi Bakrie ditahan di Jakarta Pusat selepas didakwa mengambil dadah jenis syabu.

Turut tular di Twitter sejak Khamis (8 Jul), imej yang dipercayai wajah terbaru Nia, 31 tahun, yang kelihatan lebih cengkung berbanding biasa, lapor Malaysiakini.

Kata Nia, dadah bukan hanya terdapat di tempat hiburan atau kelab malam semata-mata. Sebaliknya, ia diedarkan dalam kalangan rakan-rakan selebriti hingga ke lokasi penggambaran.

“Dari saya kecil ditawarkan dadah, cuma bukan di kelab malam saja. Jika ingin takut dengan dadah, tu semua bergantung pada diri sendiri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya Yusri Yunus mendedahkan, pelakon berkenaan membeli syabu tersebut pada harga 1.5 juta rupiah.

“Nia dan Ardi mengaku mereka sudah mengambil bahan terlarang itu selama lima bulan, termasuklah pemandu peribadi mereka,” katanya.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan