Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Netizen terkejut Paul Pogba juga tonton siri animasi M'sia Omar & Hana

Siapa sangka bintang bola sepak dunia, Paul Pogba turut berminat menonton siri animasi kanak-kanak Malaysia, Omar & Hana.

Anggaran Waktu Membaca:
Netizen terkejut Paul Pogba juga tonton siri animasi M'sia Omar & Hana

Gambar: Paul Pogba/Instagram

Diterbitkan : 18 Sep 2021 07:54PM Dikemas Kini : 18 Sep 2021 07:57PM

KUALA LUMPUR: Siapa sangka bintang bola sepak dunia, Paul Pogba turut berminat menonton siri animasi kanak-kanak Malaysia, Omar & Hana.

Dalam catatan di Facebook dan Instagram semalam (17 Sep), pemain tengah Manchester United itu mengakui menonton program tersebut bersama keluarga selepas membeli TV baru untuk rumahnya, lapor BH Online.

"Bersama C62+ TV terbaru saya dari TCL dan ianya skrin bersaiz XXL. Sesi menonton filem bersama keluarga di rumah," tulis pemain terkenal yang memiliki hampir 25 juta pengikut di Facebook itu.

Catatan Pogba itu juga mendapat lebih 167,000 'likes' dan hampir 3,900 komen serta dokongsi lebih 1,500 kali.

Antaranya warga Malaysia turut menyumbang komen, tidak menyangka Pogba menonton kartun itu, lapor Harian Metro pula.

"Wow Pogba pun tengok Omar Hana..tahniah," tulis pengguna, Faisz Amin.

Malah, ada yang mencadangkan agar Pogba turut menonton beberapa kartun Malaysia yang lain seperti Upin Ipin dan Ejen Ali.

"Ejen Ali dan Upin Ipin pun best jugak layan abe (Pogba)," tulis pengguna, Mohd Hairi.

Astro Awani melaporkan Omar & Hana dihasilkan oleh sebuah syarikat produksi dari Malaysia, Digital Durian.

Ia juga dinobat sebagai siri animasi Islamik kanak-kanak nombor satu di situ.

Animasi popular itu mendidik golongan kanak-kanak mengenai gaya hidup seharian berlandaskan syariah menerusi pendekatan kontemporari. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan