Images
  • tomok
    (Gambar: ayu_abas/Instagram)

Netizen puji isteri Tomok jahit beg sekolah anak dari kain perca

KUALA LUMPUR: Seperti kanak-kanak lain yang baru sahaja menyesuaikan diri dengan alam persekolahan, anak kepada penyanyi Tomok juga banyak telatah comelnya.

Arrian Shah Akid, baru memasuki Darjah 1. Namun, bukan itu yang menarik perhatian orang ramai.

Baru-baru ini, ramai netizen memuji isteri Tomok yang sanggup menjahitkan anak mereka satu beg daripada lebihan kain perca.

Sebelum dikecam sebagai 'kedekut', isterinya yang dikenali ramai sebagai Ayu Abas menjelaskan mengapa beliau memilih untuk menjahitkan sendiri beg untuk anaknya.

"Bukan dibu (Ayu) kedekut... tapi disebabkan dia cuai dan masih lagi mencuba menyesuaikan diri kepada alam persekolahan, jadi dibu upgrade dari paperbag, dibu buatkan beg sama saiz cuma tambahan tali supaya senang Arrian nak bawak," tulis Ayu di laman Instagramnya.

Beg yang dijahit Ayu digunakan khusus untuk anak mereka membawa bekal ke sekolah. Bekas makanan yang dibelikan juga berharga hanya RM2 (S$0.70).

"Kalau tinggal ke hilang ke tak la ralat," tambah Ayu.

Pastinya, catatan Ayu menarik perhatian ramai yang turut memuji cara Ayu dengan tabah mencari jalan keluar bagi anaknya yang sering hilang barang. Malah, ramai tidak sangka Ayu menjahit sendiri beg sekolah itu.

"Jangan hilangkan tau... tapi kalau hilang jugak dibu jahit lagi...tapi insyaAllah dibu tau Arrian responsible."  

- BERITAmediacorp/aq

Top