Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Netflix gugurkan rancangan bersiri, filem berkaitan dadah atas arahan IMDA

Gergasi khidmat penstriman Netflix menggugurkan dua rancangan dengan kandungan yang berkaitan dadah daripada platformnya di Singapura menyusuli permintaan bertulis dari Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).

Anggaran Waktu Membaca:
Netflix gugurkan rancangan bersiri, filem berkaitan dadah atas arahan IMDA

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 01 Apr 2021 07:25PM Dikemas Kini : 01 Apr 2021 07:27PM

SINGAPURA: Gergasi khidmat penstriman Netflix menggugurkan dua rancangan dengan kandungan yang berkaitan dadah daripada platformnya di Singapura menyusuli permintaan bertulis dari Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).

Dalam laporan tahunan Tadbir Urus Sosial Alam Sekitar, Netflix menyatakan IMDA meminta pihaknya menggugurkan rancangan 'Cooked with Cannabis' pada Mei 2020 dan filem bertajuk 'Have A Good Trip: Adventures in Psychedelics' pada Ogos 2020.

Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, jurucakap IMDA berkata penyedia khidmat penstriman di Singapura itu dijangka akan mematuhi kod kandungan agensi tersebut. khususnya bagi khidmat penstriman, video ikut permintaan dan khidmat-khidmat tukikan yang lain.

"Singapura tidak akan bertolak ansur terhadap dadah," tegas jurucakap itu.

"Kod kandungan itu bermatlamat untuk melindungi golongan muda daripada kandungan tidak sesuai (termasuk kandungan yang mengagungkan atau menggalak penyalahgunaan dadah), memelihara norma dan nilai masyarakat dan melindungi kepentingan awam, di samping membolehkan golongan dewasa untuk membuat pilihan yang berhemah."

Senarai kandungan Netflix terikat dengan lokasi geografi yang biasanya disebabkan oleh perjanjian hak cipta atau undang-undang penapisan tempatan.

Netflix sudah menggugurkan empat rancangannya sejak laporan terakhirnya pada Februari 2020: - dua di Singapura dan lagi dua di Turki, menurut platform itu dalam laporan tersebut.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan