Netflix beli studio permainan video pertama; lancar permainan telefon bijak
Netflix membeli syarikat pencipta permainan video Night School Studio dan melancarkan lima permainan telefon bijak dalam pasaran terpilih di Eropah, menurut syarikat itu pada Selasa (28 Sep).
REUTERS: Netflix membeli syarikat pencipta permainan video Night School Studio dan melancarkan lima permainan telefon bijak dalam pasaran terpilih di Eropah, menurut syarikat itu pada Selasa (28 Sep).
Ini sedang syarikat itu berusaha untuk mempelbagaikan sumber pendapatannya di tengah-tengah persaingan yang semakin sengit dalam wadah penstriman.
Night School Studio turut merupakan pembelian studio permainan pertama oleh Netflix. Syarikat itu terkenal melalui permainan sulungnya, "Oxenfree" iaitu permainan yang disasarkan kepada golongan remaja yang mempunyai runut bunyi yang menyeramkan.
Permainan-permainan yang dicipta oleh studio itu, yang boleh diakses melalui Sony PlayStation, Microsoft Xbox, Nintendo Switch dan komputer, akan menjadi kumpulan pertama bukan permainan telefon bimbit dalam portfolio permainan video syarikat tersebut.
"Seperti rancangan dan filem kami, kesemua permainan ini termasuk dalam langganan Netflix anda - kesemuanya tanpa sebarang iklan dan bukan pembelian melalui aplikasi," menurut syarikat itu.
Netflix sebelum ini mendedahkan rancangan untuk menembusi pasaran permainan setelah para pesaing baru termasuk Disney+ dan HBO Max berhasil memikat banyak langganan, sekali gus memperhebatkan lagi persaingan dalam landskap penstriman.
Syarikat itu sebelum ini juga mengumumkan bahawa ia melancarkan permainan "Stranger Things:1984", "Stranger Things 3: The Game", "Card Blast", "Teeter Up" dan "Shooting Hoops" kepada para pengguna Android dalam kalangan pelanggan Netflix di Sepanyol dan Itali.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.