Images
  • neelofa
    Pelakon, pengacara dan usahawan Malaysia, Noor Neelofa. (Gambar: Neelofa/Instagram)

Neelofa undur diri sebagai pengarah bebas bukan eksekutif AirAsia

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd hari ini (19 Ogos) mengumumkan aktres dan pengacara TV Noor Neelofa Mohd Noor meletak jawatan sebagai pengarah bebas bukan eksekutifnya. 

AirAsia dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata syarikat itu menerima notis peletakan jawatan bertarikh 17 Ogos, 2020, daripada Neelofa pada 19 Ogos, 2020.

Menurut syarikat itu Neelofa menyatakan “komitmen peribadi lain” sebagai alasan bagi peletakan jawatan beliau.

Neelofa, 31, dilantik menganggotai lembaga pengarah AirAsia pada 8 Disember 2017.

- BERNAMA/HA/ha

Top