Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Neelofa tidak nafi mahupun sahkan spekulasi berbadan dua

Selebriti popular, Neelofa, 32 tahun memilih untuk tidak menafikan mahupun mengesahkan spekulasi dia berbadan dua.

Anggaran Waktu Membaca:
Neelofa tidak nafi mahupun sahkan spekulasi berbadan dua

Neelofa tidak menafikan mahupun mengesahkan spekulasi berbadan dua. (Gambar: Instagram/Neelofa)

Diterbitkan : 07 Oct 2021 09:07AM Dikemas Kini : 07 Oct 2021 09:17AM

KUALA LUMPUR: Selebriti popular, Neelofa, 32 tahun memilih untuk tidak menafikan mahupun mengesahkan spekulasi dia berbadan dua.

Neelofa menegaskan, berita gembira yang dinantikan ramai itu pasti dikongsi pada masa yang sesuai, lapor BH Online.

"Soalan hamil atau tidak agak sensitif untuk dijawab. Saya pastinya mempunyai alasan tersendiri.

"Jika nak katakan desas-desus ini betul atau tidak, saya sendiri menunggu masa terbaik untuk berkongsi.

"Ia pastinya menjadi berita gembira atas doa orang ramai. Ini bukannya berita buruk untuk disorokkan," katanya kepada BH Online.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor mengakui, ramai peminat teruja menanti berita kehamilannya.

"Sebagai orang dikenali, satu hal menarik apabila mendapat doa daripada orang yang tidak dikenali.

"Jadi, doa yang baik-baik. Saya perlukan semua doa ini untuk perlindungan," katanya.

"Kami baru kahwin dan masih dalam proses untuk membina kehidupan. Andai saya hamil, semestinya suami dan keluarga sangat teruja," tambahnya lagi.

Menurut laporan BH Online, sejak Julai lalu, kisah bekas pengacara MeleTOP itu kerap memegang dan mengusap bahagian perut mencuri perhatian dalam siaran langsung menerusi Instagram hingga mengundang spekulasi sudah berbadan dua. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan