Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Neelofa 'terjatuh' di pentas Anugerah MeleTOP memang sudah dirancang

Insiden pelakon dan pengacara popular, Noor Neelofa Mohd Noor hampir terjatuh di atas pentas Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) Ahad lalu (8 Apr) mendapat perhatian ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
Neelofa 'terjatuh' di pentas Anugerah MeleTOP memang sudah dirancang

Gambar: MeleTOP/Facebook

Diterbitkan : 14 Apr 2018 05:02PM Dikemas Kini : 14 Apr 2018 05:10PM

KUALA LUMPUR: Insiden pelakon dan pengacara popular, Noor Neelofa Mohd Noor hampir terjatuh di atas pentas Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) Ahad lalu (8 Apr) mendapat perhatian ramai.

Bukan itu sahaja, Michael Ang yang dijemput ke program MeleTOP, Selasa lalu (10 Apr), sebagai tetamu selepas memenangi trofi Drama MeleTOP turut bertanya wanita berusia 29 tahun berkenaan tentang situasi sebenar di sebalik insiden tersebut.

Mengambil kesempatan menjelaskan keadaan sebenar, Neelofa berkata bahawa beliau dan Nabil terlebih dahulu sudah berbincang di belakang pentas tentang cara untuk menghidupkan segmen berkenaan, menurut laporan Astro AWANI.

"Saya beritahu Nabil, dia akan naik apabila Zul Ariffin yang ketika itu berada di belakang saya, memalingkan saya memandangnya.

"Kemudian, lagi satu cue adalah apabila saya buat-buat terjatuh tapi Zul sebenarnya tak tahu," ujarnya.

Nabil pula memberitahu Michael Ang bahawa beliau sengaja naik ke pentas sebelum Zul sempat membuat apa-apa bagi 'membanteras' babak yang tidak sepatutnya berlaku itu. Selain itu, sebarang dialog yang dilontarkan sebenarnya sudahpun dipersetujui terlebih dahulu bersama Neelofa.

Dalam pada itu, Michael Ang turut memuji tindakan profesional Neelofa yang tenang berdepan apa jua kecaman.

"Kalau show live kena macam itu lah (bersahaja). Ini tidak baru kutuk-kutuk sikit dah melenting," ujarnya disambut sorakan penonton.

Astro AWANI melaporkan bahawa dalam insiden Ahad lalu di Axiata Arena, Bukit Jalil, Zul Ariffin bergandingan bersama Ziana Zain menyampaikan trofi bagi kategori Program MeleTop dan Hos MeleTop.

Namun, Zul terlebih dahulu muncul sendiri dan berdialog bersama Neelofa bagi mempromosikan drama lakonan mereka, Ti Amo, Sweetheart 100 hari.

Bagaimanapun ketika Neelofa cuba beralih badan, beliau hampir tergelincir dan sempat berpaut pada Zul bagi mengelakkan pelakon wanita itu daripada terjatuh. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan