Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Neelofa tebar kerjaya seni ke Indonesia; bakal bintangi filem berunsur Islamik

Pelakon dan pengacara terkenal Malaysia, Noor Neelofa Mohd Noor, menyusun strategi untuk kembali menghangatkan dunia lakonan selain mengukuhkan perniagaan hijab yang diusahakan ke Indonesia.

Anggaran Waktu Membaca:
Neelofa tebar kerjaya seni ke Indonesia; bakal bintangi filem berunsur Islamik

Pelakon, pengacara dan usahawan Malaysia, Noor Neelofa. (Gambar: Neelofa/Instagram)

Diterbitkan : 16 Feb 2020 05:08PM Dikemas Kini : 16 Feb 2020 05:09PM

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara terkenal Malaysia, Noor Neelofa Mohd Noor, menyusun strategi untuk kembali menghangatkan dunia lakonan selain mengukuhkan perniagaan hijab yang diusahakan ke Indonesia.

Berkonsep serampang dua mata, Neelofa - yang mahu membawa jenama hijab Naelofar ke Indonesia, bakal membintangi filem berunsur Islamik terbitan produksi negara tersebut. Beliau akan berganding dengan bintang filem Ayat Ayat Cinta dan Surga Tak Dirindukan, lapor BH Online.

“Sebagai pengenalan untuk menembusi pasaran Indonesia, filem cinta Islamik itu akan menjadi taruhan dalam mencuba nasib di seberang.

“Untuk tujuan itu, saya sudah mempunyai pengurus iaitu individu sama yang mengendalikan kerjaya Bunga Citra Lestary di sana," Neelof memberitahu BH Online.

“Mulai sekarang, saya perlu membahagikan masa antara Jakarta dengan Kuala Lumpur. Saya perlu kerap ‘terbang’ ke sana untuk menghadiri acara termasuk sesi ramah mesra dengan media di Indonesia,” ujarnya di sesi pengumuman wajah baru Naelofar di sebuah premis acara di Kuala Lumpur pada Sabtu (15 Feb).

Neelofa, yang meraikan ulang tahun ke-31 pada 10 Februari lalu, bagaimanapun belum memikirkan kemungkinan berlakon dalam drama panjang atau sinetron - sesuatu yang lazim menjadi pilihan muka baru untuk menempah nama di Indonesia.

“Buat permulaan, saya pertimbangkan filem... Masa hadapan, kita lihat bagaimana.

“Tawaran berlakon filem bermula dalam pertemuan saya dengan pengurus di sana. Kebetulan, produksi filem terbabit mahu mencari pelakon Malaysia.

“Pada 2015, produksi sama pernah menayangkan filem cinta Islamik di Malaysia. Tahun ini, mereka mahu melakukan projek sama. Mengikut perancangan, filem itu akan memulakan penggambaran pada April depan atau sebelum Ramadan bermula," kongsi Neelofa lanjut.

“Saya harap rancangan ini dipermudahkan kerana saya juga akan terikat dengan kerja lakonan di Malaysia. Ini termasuk filem, telefilem sempena Aidilfitri dan program pengacaraan sendiri,” katanya.

Sebagai persediaan menebarkan kerjaya seni di Indonesia, Neelofa sudah berjinak-jinak belajar bahasa Indonesia.

“Ada tutor dari Indonesia yang membantu saya menguasai bahasa itu dengan betul. Saya percaya untuk lebih senang membina nama di sana, penguasaan bahasa penting,” ujarnya.

Berhubung perniagaan tudung yang sudah dikendalikan selama lima tahun, Neelofa ingin terus membawa jenama Naelofa ke persada dunia dengan logo baharu yang melambangkan kekuatan.  

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan