Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Neelofa, suami berdepan tindakan jika terbukti langgar SOP PKP

Neelofa, suami berdepan tindakan jika terbukti langgar SOP PKP.

Anggaran Waktu Membaca:
Neelofa, suami berdepan tindakan jika terbukti langgar SOP PKP

Neelofa dan suaminya. (Gambar: Instagram/Neelofa)

Diterbitkan : 04 Apr 2021 04:28PM Dikemas Kini : 04 Apr 2021 04:31PM

LANGKAWI: Selebriti Neelofa dan suaminya, Haris Ismail akan dikompaun jika siasatan polis mendapati kunjungan pasangan itu ke Pulau Langkawi melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 32, tahun hanya mendapat kebenaran merentas negeri untuk urusan kerja, namun tular di media sosial gambar pasangan tersebut yang kelihatan seperti bercuti.

"Kalau kita dapati dia gagal kemukakan bukti, kita akan kompaunkan dia, pegawai penyiasat akan bertanya kepada dia apa dia buat di situ, adakah itu sebahagian daripada kegiatan perniagaan dia.

"Itu macam santai-santai sahaja, jadi tidak boleh, kerana dia datang dari negeri yang PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) untuk datang ke kawasan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan), dia tidak boleh langgar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada para wartawan selepas merasmikan Seksyen K9 Langkawi Bahagian Bantuan Teknik D6 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini (4 Apr) yang turut dihadiri Ketua Polis Kedah Hasanuddin Hassan.

Encik Abdul Hamid menegaskan polis bersikap adil dalam mengambil tindakan terhadap sebarang pelanggaran SOP ditetapkan kerajaan dan tidak membeza-bezakan antara rakyat biasa dengan orang kenamaan.

SAJAT SEMBUNYI DI LUAR NEGARA

Dalam perkembangan lain, Encik Abdul Hamid berkata usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat bersembunyi di luar negara dan pihak polis masih mengesan lokasi sebenar selain terdapat kekangan di sempadan kerana kewujudan banyak lorong-lorong tikus.

"Belum ada apa-apa lagi, dia masih lagi bersembunyi, kalau dia nak muat naik dia punya aktiviti di luar kita tunggulah, jerat tidak akan melupakan pelanduk, dia akan balik.

“Saya hairan, dia tidak berhadapan dengan satu hukuman yang boleh dipenjarakan 20 tahun atau dihukum gantung, baliklah dan hadir ke mahkamah," katanya.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan