Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Neelofa rangkul Anugerah Influencer 2019 di Monaco

Pelakon dan usahawan Malaysia, Neelofa berjaya menggondol Anugerah Influencer 2019 (IAM 2019) dalam kategori Usahawan di Monaco pada Ahad (7 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Neelofa rangkul Anugerah Influencer 2019 di Monaco

(Gambar: Instagram/@neelofa)

Diterbitkan : 07 Oct 2019 10:36AM Dikemas Kini : 07 Oct 2019 10:39AM

MONACO: Pelakon dan usahawan Malaysia, Neelofa berjaya menggondol Anugerah Influencer 2019 (IAM 2019) dalam kategori Usahawan di Monaco pada Ahad (7 Okt).

Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor memaklumkan perkara itu menerusi catatan di akaun Instagramnya.

"PENGIKTIRAFAN. Terima kasih sekali lagi atas pencalonan dan anugerah ini @influencerawardsmonaco."

"Ini bagi anda semua yang menyokong dan memberi inspirasi kepada saya sejak hari pertama. Pastinya salah satu detik yang utama bagi 2019. #InfluencerAwardsMonaco #IAM2019," tulis Neelofa mengakhiri catatannya di akaun Instagramnya.

Ini merupakan tahun kedua anugerah itu dianjurkan yang diasaskan oleh Pauline Ducruet, anak sulung Puteri Stéphanie dari Monaco dan individu lain termasuk Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.

Menurut Astro Awani, anugerah yang mendapat jolokan ‘Anugerah Oscar bagi dunia digital’ itu diadakan di La Salle des Etoiles di Monaco.

Lebih 100 'influencer' atau individu berpengaruh di media sosial dalam bidang fesyen, keusahawanan, penjenamaan dan selebriti menghadiri acara itu.

Antara nama yang pernah memenangi anugerah berkenaan di penganjuran pertama adalah penulis blog Perancis, Caroline Receveur dan jurusolek Kim Kardashian, Mario Dedivanovic.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan