Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Neelofa pinjamkan suara dalam siri animasi Islamik Omar & Hana

Pengacara popular, Neelofa, kini menambah satu lagi peranan baru dalam portfolio kerjayanya dengan menjayakan watak animasi bagi siri kartun Omar & Hana.

Anggaran Waktu Membaca:
Neelofa pinjamkan suara dalam siri animasi Islamik Omar & Hana

Neelofa. (Gambar: Neelofa/Instagram)

Diterbitkan : 29 Apr 2018 10:13AM Dikemas Kini : 29 Apr 2018 10:19AM

KUALA LUMPUR: Pengacara popular, Neelofa, kini menambah satu lagi peranan baru dalam portfolio kerjayanya dengan menjayakan watak animasi bagi siri kartun Omar & Hana.

Pengacara rancangan Meletop itu meminjamkan suaranya bagi watak 'Kak Lofa' yang menjual tudung jenamanya sendiri, Naelofar Hijab dalam siri kartun tersebut, menurut laporan New Straits Times (NST).

"Watak ini memasarkan koleksi terbaru pakaian kanak-kanak yang saya jual dan saya juga menyanyikan dua lagu dalam program itu, lengkap dengan video muzik," kata Neelofa di majlis pelancaran pesta produk kanak-kanak Omar & Hana di Alamanda Putrajaya pada Khamis (26 Apr).

Mengulas tentang kerjasama strategik itu sejajar dengan hala tuju animasi berkenaan untuk mendidik kanak-kanak tentang nilai-nilai Islam menerusi kandungannya.

Penerbit Digital Durian iaitu syarikat produksi yang menghasilkan Omar & Hana, Fadilah Abd Rahman berkata: “Seiring dengan peningkatan populariti Omar & Hana, kami berpeluang untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak menghasilkan produk kanak-kanak yang berkualiti dan sesuai dengan imej Omar dan Hana yang Islamik,” katanya.

Omar & Hana adalah siri kartun islamik bagi kanak-kanak prasekolah yang diterbitkan oleh syarikat Digital Durian dan Astro.

Animasi kartun Islamik itu terkenal, khususnya di Malaysia. Ia kini bakal menembusi pasaran luar negara termasuk Indonesia dan Timur Tengah setelah lebih setahun ia menguasai penerbitan siri kanak-kanak Islamik, lapor Sinar Harian.

Ia sudahpun ditonton lebih 197 juta kali di laman YouTube, menurut NST.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan