Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Neelofa perjelas kontroversi susu pisang: Nilofa produk gaya hidup, bukan kesihatan

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa, akur perlu memperkemaskan aspek pembungkusan susu pisang jenama Nilofa keluarannya selepas produk itu diperiksa Kementerian Kesihatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Neelofa perjelas kontroversi susu pisang: Nilofa produk gaya hidup, bukan kesihatan

(Gambar: nilofa.hq/Instagram)

Diterbitkan : 07 Dec 2019 12:39PM Dikemas Kini : 07 Dec 2019 12:44PM

KUALA LUMPUR: Selebriti dan usahawan popular, Neelofa, akur perlu memperkemaskan aspek pembungkusan susu pisang jenama Nilofa keluarannya selepas produk itu diperiksa Kementerian Kesihatan.

Neelofa, atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, berkata pihaknya mengemukakan dokumen diperlukan bagi memastikan Nilofa dipromosikan sebagai produk susu berperisa pisang selepas ini.

“Kementerian sudah memeriksa kilang dan gudang. Selepas membuat penelitian, alhamdulillah, kami perlu menambah baik pembungkusan produk menjadi susu berperisa pisang.

“Kami sudah menghantar apa yang diperlukan untuk perkara ini diperbetulkan bagi pengeluaran akan datang,” katanya melalui video yang dimuat naik ke Instagram pada Jumaat (6 Dis).

Baru-baru ini, lapor BH Online, Neelofa melancarkan susu pisang Nilofa yang mencetuskan kontroversi apabila didakwa khasiat produk itu dipromosikan secara keterlaluan.

Pengacara program MeleTOP itu menjelaskan tiada tindakan diambil kementerian terhadap isu ‘over claim’ atau dakwaan keterlaluan melibatkan kelebihan Nilofa.

“Ini kerana pada pembungkusan, tidak ada elemen yang menyatakan produk ini adalah untuk mengatasi obesiti atau boleh merawat itu dan ini,” terang beliau.

Neelofa menambah siasatan mendapati maklumat dalam risalah produk Nilofa yang diedarkan di sidang media baru-baru ini tidak dirujuk sebuah agensi yang dilantik syarikat, kepada kilang dan ibu pejabat.

“Ketika saya menubuhkan syarikat ini, kumpulan saya sangat kecil. Jadi urusan pemasaran, operasi dan penjenamaan diserahkan kepada pihak lain atau ‘outsource’.

“Sudah tentu, jika saya tahu mengenai risalah ini, saya akan pastikan ia tidak diedarkan.

“Ini kerana fokus syarikat (dalam menghasilkan Nilofa) bukan untuk merawat atau untuk kesihatan. Kami memberi tumpuan kepada produk gaya hidup,” BH Online menukil hos itu.

Neelofa berkata pihaknya sudah berbincang dengan agensi terlibat untuk mengambil beberapa langkah sebelum memuat naik perkongsian, entri atau kenyataan selepas mendapat kelulusan syarikat.

Mengenai kandungan gula dalam Nilofa pula, Neelofa berkata pengguna boleh membuat perbandingan dengan produk susu pisang lain.

“Kalau masih ragu-ragu, pergi bandingkan Nilofa dengan produk lain. Saya pasti anda dapat tengok kandungan gula dalam Nilofa paling rendah.

“Namun, disebabkan nama saya, orang tengok segala-galanya. Saya sangat hargai maklum balas diberi. Kami jadi lebih kuat dan teliti dalam memastikan apa yang dilakukan selepas ini,” ujar beliau. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan