Neelofa nafi sudah bernikah; keluarga bincang soal hubungan dengan PU Riz
Selebriti dan usahawan ternama, Neelofa menegaskan, keluarga beliau dan PU Riz kini dalam proses membincangkan masa depan mereka berdua.
KUALA LUMPUR: Selebriti dan usahawan ternama, Neelofa menegaskan, keluarga beliau dan PU Riz kini dalam proses membincangkan masa depan mereka berdua.
Menurutnya, perbincangan antara kedua-dua pihak itu adalah untuk mencari titik penyelesaian terhadap segala kekusutan yang berlaku, lapor Astro Awani.
“Apa yang mampu saya katakan, setiap hubungan itu ada cerita-cerita yang tersendiri dan tidak manis untuk saya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga saya.
“Apa yang mampu saya katakan, keluarga saya, dan keluarga Haris, kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian,” kata artis kelahiran Kelantan itu dalam kenyataan yang diedarkan sebentar tadi (27 Dis), menurut Astro Awani.
Sejak semalam, kedengaran pelbagai spekulasi mengenai hubungannya dengan PU Riz sehingga ada dakwaan yang mengatakan pertunangan mereka sudah berakhir, lapor Astro Awani lagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.